in

Rentetan Peristiwa Penting Minggu Pertama Pentadbiran Tun M

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul ke GST dah takde? Tun M dah umum Menteri Pendidikan? Banyak sangat perkara terjadi dalam masa singkat sampai tak sempat nak catch-up, kan? Sebagai rakyat, wajar untuk kita tahu apa yang berlaku dalam negara. Jadi ni admin senaraikan semua apa yang dah jadi supaya korang tak terlepas satu pun perkembangan pasal pentadbiran baru di bawah pimpinan Tun M.


 

10 Mei 2018

Image 6
sumber: kosmo

 

12 Mei 2018

  • Majlis Penasihat Kerajaan ditubuhkan, terdiri daripada:
    • Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin
    • Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
    • Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican
    • Ahli Ekonomi, Profesor Jomo Kwame Sundaram
    • Tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok
  • Tun M menamakan tiga individu untuk mengisi tiga jawatan tertinggi dalam kabinet
    • Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan
    • Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan
    • Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri
  • Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam oleh imigresen.
  • Datuk Seri Najib Razak letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
Council Of Eders Majlis Penasihat
Majlis penasihat kerajaan | sumber: sayangwang

 

13 Mei 2018

  • Tun M arahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan cukai yang dikutip secara tidak sah.

 

14 Mei 2018

  • Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali diarahkan bercuti tanpa rekod, tugas diambil alih oleh peguam cara.
  • Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad letak jawatan.
  • Kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah telah dipendekkan dan beliau dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Tun M umum undang-undang berita palsu akan ditakrifkan dengan lebih jelas.
  • Tun M memberitahu bahawa pelantikan politik dalam syarikat yang berkaitan kerajaan akan dikaji semula.

 

15 Mei 2018

  • Jabatan Audit mengklasifikasi laporan 1MDB berstatus RAHSIA kepada DOKUMEN TERBUKA.
  • Majlis Penasihat Kerajaan tubuhkan Jawatankuasa Reformasi Institusi, terdiri daripada:
    • Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, KC Vohrah
    • Bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Mah Weng Kwai
    • Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brigadier Jeneral (B) Mohd Arshad Raji 
    • Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (HAKAM), Ambiga Sreenevasan
    • Pakar perlembagaan dan pensyarah undang-undang, Shad Saleem Faruqi
  • Empat lagi individu dilarang meninggalkan negara
    • Peguam Negara yang diarahkan cuti, Tan Sri Apandi Ali
    • Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah
    • Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad
    • Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

 

16 Mei 2018

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara selepas menerima pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong
  • Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dilarang meninggalkan negara
  • Kediaman Datuk Seri Najib Razak digeledah pihak polis
  • Kerajaan umum GST berkadar sifar akan berkuat kuasa 1 Jun 2018
  • Tun M memberitahu bahawa 17,000 penjawat awam lantikan politik akan ditamatkan perkhidmatan
  • Pendaftar Pertubuhan meluluskan pendaftaran parti gabungan, Pakatan Harapan
  • Kementerian diarahkan berhenti guna slogan 1Malaysia
  • Program Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M) dihentikan
  • Mesyuarat Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan jawatankuasa yang mempunyai anggota lantikan politik akan ditangguhkan
Dd0232875Fb48C5E272D616Db719698F
sumber: politik today

 

17 Mei 2018

  • Tun M melantik dirinya sebagai Menteri Pendidikan
  • Datin Seri Wan Azizah Ismail dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan
  • Polis teruskan serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
  • Kementerian Kewangan memulakan pembaharuan fiskal

 

18 Mei 2018

  • Polis merampas 284 kotak, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, dipercayai milik Datuk Seri Najib Razak
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim dedah terima dua panggilan daripada Datuk Seri Najib Razak pada malam pilihan raya 9 Mei 2018.
Hmhm
sumber: facebook

Tak sampai dua minggu lagi dibawah kerajaan baru, dah banyak rupanya yang terjadi. Semoga apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk negara kita.

Sumber: Malaysiakini

Baca: 14 Perkara Yang Berlaku Sejak Pakatan Harapan Ambil Alih KerajaanMahathir Pm 758X398 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.