in

Handbag Dan Pakaian Dirampas Dari Rumah Najib

Kotak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam solat terawih telah diadakan bagi menandakan bermulanya bulan Ramadhan di seluruh negara. Tidak ketinggalan menunaikan ibadat terawih adalah bekas PM ke-6 Datuk Seri Najib Razak.



Pun begitu, tidak lama selepas pulang daripada solat terawih di Kampung Baru, kediaman Najib yang bertempat di Jalan Langgak, Jalan Duta telah diserbu oleh pihak polis pada jam 10:15 malam semalam, lapor Malaysiakini.

Ee
sumber: malaysiakini
Ss
sumber: malaysiakini

15 kenderaan polis merangkumi SUV, trak dan kereta dilihat mula memenuhi perkarangan kediaman Najib. Wartawan, media, dan penduduk sekitar juga turut hadir di tempat kejadian.

Serbuan tersebut dikatakan berakhir pada jam 5 pagi, namun Malaysiakini melaporkan bahawa pihak polis masihkelihatan di kediaman Najib pada jam 8:15 pagi tadi.

11 5
sumber: malaysiakini
Dqsd
sumber: blog

Selepas lebih 10 jam, pihak polis dilihat mengeluarkan tiga kotak berisi barangan peribadi dari rumah bekas Perdana Menteri tersebut. Menurut peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memaklumkan bahawa kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian serta hadiah milik Najib.

“Pencarian dilakukan bawah Akta Penggubahan Wang Haram (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001),” kata Harpal.

“Tiada dokumen dirampas, juga tiada tangkapan dibuat hari ini.”

44 3
sumber: malaysiakini
22 4
sumber: malaysiakini

Harpal juga berkata bahawa pihaknya tidak dimaklumkan setakat ini sama ada Najib akan dipanggil untuk disoal siasat atau tidak berhubung kes ini. Selain Jalan Duta, Harpal memberitahu bahawa operasi pencarian yang sama dijalankan di dua kediaman Najib di Menara Pavilion.

Semoga operasi berjalan lancar.

Baca: “Boleh dakwa Najib bila-bila masa” – Tun M

Aaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.