Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!

Kalau singgah stesen minyak, mesti korang nak cari tandas yang bersih dan selesa, kan? Lagi-lagi kalau tengah dalam perjalanan jauh!
Tapi, korang tahu tak ada sebuah stesen PETRONAS di Putrajaya yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pemenang Utama kategori Stesen Minyak dalam Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA’26)?
Bukan sekadar tandas yang bersih, PETRONAS Presint 18 turut menyediakan pelbagai kemudahan menarik untuk keselesaan pengunjung.
Siap Ada Phone Holder Dan Sinki Mini Dalam Tandas!

Bila masuk tandas awam, mesti korang pernah tercari-cari tempat yang sesuai untuk letak telefon, kan?
Menariknya, tandas di PETRONAS Presint 18 siap dilengkapi dengan phone holder untuk memudahkan pengunjung menyimpan telefon ketika menggunakan tandas.
Bukan itu sahaja, terdapat juga sinki mini di dalam kubikel, pengering tangan automatik serta tong sanitari wanita yang diperbuat daripada keluli tahan karat.
Bagi pengunjung yang membawa anak kecil pula, stesen ini turut menyediakan tempat menukar lampin bayi dan tong sampah lampin bertutup.
Kemudahan tandas untuk lelaki, wanita dan orang kurang upaya (OKU) juga disediakan bagi memenuhi keperluan pengunjung.
Kebersihan Dijaga Secara Konsisten

Bukan sekadar menyediakan pelbagai kemudahan menarik, PETRONAS Presint 18 turut memastikan kebersihan tandas sentiasa terjaga.
Menerusi sistem jaminan dan kawalan kualiti (QAQC) serta borang semakan tandas, tahap kebersihan dipantau secara berkala bagi memastikan pengunjung dapat menggunakan tandas dalam keadaan bersih dan selesa.
Menariknya, tandas ini turut dilengkapi dengan loceng kecemasan sekiranya pengunjung memerlukan bantuan, selain kod QR untuk mereka memberikan maklum balas.
Usaha ini juga selari dengan aspirasi Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) yang menekankan aspek kebersihan dan keselesaan pengunjung.
Siap Ada Mural, Taman Mini Dan Ruang Santai!

Bukan sahaja tandas yang bersih dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, PETRONAS Presint 18 turut menampilkan dekorasi menarik yang diinspirasikan daripada flora serta tarikan ikonik Putrajaya.
Antaranya termasuk mural, hiasan dinding 3D bertemakan bunga dan taman mini yang menceriakan suasana stesen minyak ini.
Selain itu, terdapat juga koridor infotainment, sistem audio dan ruang santai yang disediakan untuk pengunjung berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Bukan Setakat Tandas, Kemudahan Lain Pun Lengkap!

Selain tandas yang bersih dan selesa, PETRONAS Presint 18 turut menyediakan ruang solat lelaki dan wanita untuk pengunjung menunaikan ibadah sebelum meneruskan perjalanan.
Stesen ini juga dilengkapi dengan panel solar sebagai sebahagian daripada inisiatif penggunaan tenaga hijau.
Bukan itu sahaja, pengunjung boleh mengisi minyak sambil mendapatkan makanan, minuman dan barangan keperluan di Kedai Mesra. Jadi, tak perlu singgah banyak tempat untuk menyelesaikan urusan sepanjang perjalanan!
Pengunjung Pun Beri Rating 10/10!

Keselesaan tandas di PETRONAS Presint 18 turut mendapat pujian daripada pengunjung.
Antaranya, Foo Soon Fatt, seorang juruteknik, yang menyifatkan stesen tersebut sebagai cantik dan bersih. Seorang pemandu e-hailing dikenali sebagai Amierul turut memberikan maklum balas positif mengenai tahap kebersihan tandas di situ.
Lebih menarik, seorang guru bernama Batrisyah memberikan penilaian 10/10 terhadap kemudahan tandas yang disediakan, malah memuji kewujudan phone holder yang dianggap sangat berguna.
Isi Semua Sekali. Ini Baru Mesra.
![]()
Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, tak hairanlah PETRONAS Presint 18 berjaya meraih pengiktirafan dalam TOTYA’26.
Daripada mengisi minyak, mendapatkan makanan dan minuman sehinggalah menggunakan tandas yang bersih dan selesa, semuanya boleh dilakukan dalam satu persinggahan.
Isi Semua Sekali. Ini Baru Mesra.
Nak cerita macam ni sampai dulu?
Jadikan Lobak Merah sumber pilihan di Google.



