“Otak tinggal kat jamban” – Faezah Elai ‘Sekolahkan’ Netizen Pertikai Statusnya Sebagai Ibu Tiri

Jadikan sumber pilihan di Google
“Otak tinggal kat jamban” – Faezah Elai ‘Sekolahkan’ Netizen Pertikai Statusnya Sebagai Ibu Tiri

Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir netizen yang mempertikaikan tindakannya berkongsi kejayaan anak-anak tiri di media sosial, malah mempersoalkan peranan dan statusnya sebagai ibu tiri.

Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md. Elai, 44, berkata, masyarakat perlu memahami bahawa bukan semua anak daripada keluarga yang bercerai dibesarkan oleh ibu kandung masing-masing.


Menurutnya, ada juga anak-anak yang berada di bawah jagaan bapa dan dibesarkan oleh ibu tiri, termasuk tiga orang anak suaminya, Heykal Hanifah.

Menerusi satu hantaran video, Faezah meluahkan rasa kesal terhadap komen segelintir individu yang didakwa terlalu cepat menghukum tanpa mengetahui keadaan sebenar sesebuah keluarga.

“Ini khas untuk puan-puan yang mana kalau bercakap ataupun komen, mulut pergi dulu sebelum otak sebab otak tertinggal dekat jamban masa tengah membuang air besar. Dengar sini.

“Bukan semua orang yang bercerai mak mereka yang jaga. Ada juga yang bapa mereka ambil bela dan yang besarkan adalah mak tiri iaitu saya,” katanya.

Dia turut menegaskan bahawa tidak semua ibu tiri bersikap kejam seperti tanggapan negatif yang sering dilemparkan masyarakat.

“Kalau mak tiri ini jahat, tidak adalah mak mereka datang beri saya jaga anak dia ketiga-tiga orang itu. Faham?

“Saya ini yang jaga mereka, makan, pakai, sekolah. Jadi saya tidak perlukan validation sesiapa untuk muat naik tentang anak-anak tiri saya,” katanya.

 

View on Threads

 

Tambahnya, ibu kandung kepada anak-anak tersebut juga tidak pernah berkecil hati dengan perkongsiannya kerana memahami tanggungjawab yang dipikul selama ini.

Faezah turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah menganggap tiga anak tirinya sebagai orang luar, malah sudah menganggap mereka seperti anak kandung sendiri.

Justeru, dia mempersoalkan mengapa tindakannya memanggil anak perempuan tirinya sebagai ‘anak perempuan saya’ menjadi isu sehingga mengundang kritikan.

Dalam masa sama, pelakon itu menasihati orang ramai supaya berfikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen serta tidak terlalu mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Difahamkan, isu berkenaan tercetus selepas Faezah berkongsi berita kejayaan anak perempuan tirinya yang dijaga sejak berusia 11 tahun, kini berjaya bergelar seorang peguam.

 

View on Threads

 

Menerusi hantaran tersebut, Faezah berkata anak perempuannya kini sudah bergelar peguam, namun perkongsian itu mengundang reaksi kurang senang daripada segelintir individu yang mempersoalkan penggunaan panggilan tersebut.

Sumber: Threads

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Otak tinggal kat jamban” – Faezah Elai ‘Sekolahkan’ Netizen Pertikai Statusnya Sebagai Ibu Tiri
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/otak-tinggal-kat-jamban-faezah-elai-sekolahkan-netizen-pertikai-statusnya-sebagai-ibu-tiri/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen