“Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia

Jadikan sumber pilihan di Google
“Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia

“Saya sempat minta maaf pada mereka di atas apa yang berlaku.”

Itu luahan sebak seorang remaja, Muhammad Saiful Haikal Saiful Nizam, 18, yang masih dibayangi rasa bersalah selepas dua adiknya maut dalam kemalangan motosikal di Kampung Bechah Tendong, Pasir Mas, Kelantan, pada Khamis.

Mengimbas kembali kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, Muhammad Saiful Haikal berkata, dia hanya menyedari motosikal ditunggangnya terbabas sebelum mereka bertiga tercampak ke tepi jalan.


Katanya, sebaik tersedar, dia tercari-cari kedua-dua adiknya sebelum menemui Muhammad Saiful Haider, 10, dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri berhampiran pagar sebuah kedai makan.

Dalam keadaan menahan kesakitan, dia kemudian mengerah kudrat untuk menghampiri kedua-dua adiknya yang turut mengalami kecederaan parah.

“Saya rasa sangat bersalah kerana akibat kemalangan itu, dua adik meninggal dunia.

“Ketika kejadian, pandangan saya tiba-tiba menjadi kabur. Apabila sedar, kami sudah terpelanting jauh dari motosikal,” katanya.

Dalam kejadian itu, Muhammad Saiful Haider disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, 6, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Difahamkan, motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan tiang lampu dan melanggar lubang di tepi jalan.

Screenshot 2026 11 27 155605

Muhammad Saiful Haikal yang merupakan pelajar kolej swasta di Kota Bharu turut mengalami kecederaan patah ibu jari kaki kanan serta luka pada bahagian tangan. Dia kemudian dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital.

Berkongsi lanjut, dia tidak menyangka tindakan Hayyan yang begitu bersungguh-sungguh mahu mengikutnya menjemput Haider pulang dari Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) pada hari kejadian menjadi kenangan terakhir mereka bersama.

Katanya, kebiasaannya bapa mereka yang akan menjemput Haider pulang dari sekolah, namun pada hari tersebut dia mengambil alih tugas berkenaan dan Hayyan turut berkeras mahu mengikutnya.

Screenshot 2026 11 27 160046

Sementara itu, ibu mereka, Noor Zuhanis Mohd Noor, 42, berkata, dia menyedari perubahan hubungan kedua-dua anaknya yang semakin rapat sejak kebelakangan ini.

“Kedua-dua arwah anak akan sentiasa berada dalam ingatan kami sekeluarga,” katanya.

Jenazah kedua-dua beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kubur Gaung Tendong kira-kira jam 10.50 pagi Jumaat selepas disolatkan di Masjid Al-Hanan Mukim Cabang Empat Tendong.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-sempat-minta-maaf-pada-mereka-abang-trauma-rasa-bersalah-2-adik-meninggal-dunia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen