in

Korang Tahu Tak Kisah Inspirasi TPM Kita, Dr Wan Azizah?

Azizah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak sebenarnya Dr Wan Azizah tak pernah sangka dia akan terlibat dalam politik pada awalnya?


Sebelum tarikh keramat 10 Mei 2018, ramai yang kenal Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai isteri kepada pemimpin sementara PKR, Anwar Ibrahim. Bagi yang rapat dengannya, dorang panggil beliau Kak Wan. Tapi Kak Wan bukan lagi yang dulu, dia kini dikenali sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) wanita PERTAMA dalam sejarah Malaysia. Wow!

Dengan ini nampaknya kita kenalah rombak buku teks Sejarah dan mula tulis sejarah yang baru. Tapi korang tahu tak, sejarah perjalanan politik Kak Wan tak seindah yang disangkakan? Ini kami kongsi kisah inspirasi Kak Wan daripada seorang isteri yang setia hingga ke menjadi TPM wanita pertama.

 

1. Latar belakang Kak Wan 

Kak Wan 3
sumber: instagram

Dilahirkan di Singapura pada 3 Disember 1952, Dr Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Alor Setar sebelum bersekolah di Kolej Tunku Kursiah di Seremban. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Royal College of Surgeons di Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang optamologi. Kak Wan kemudian bertugas sebagai doktor kerajaan selama 14 tahun sebelum fokus dalam kerja-kerja sukarelawan bila suaminya menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993.

 

2. Kerjaya politik 

Dr Wan Azizah tak pernah menyangka yang satu hari nanti dia akan jadi ahli politik atau pegang jawatan TPM. Tapi kerjaya politiknya bermula bila Anwar Ibrahim ditangkap dan dihukum penjara pada tahun 1998. Kesetiaan Kak Wan benar-benar terlihat bila dia sanggup melakukan apa saja demi membebaskan suaminya. Serius relationship goals! 

1 4
sumber: blog

“Saya isteri kepada ahli politik. Saya bukan ahli politik. Tapi apa yang berlaku, tragedi yang menimpa kepada keluarga kami telah beri saya kelebihan untuk terus berjuang,” kata Dr Wan Azizah dalam satu forum Pakatan Harapan 2017.

  • 1999 – Parti Kak Wan pertama kali bertanding dalam pilihan raya dan memenangi 5 kerusi dalam Parlimen serta dia jugak dilantik menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh.
  • 2004 & 2008 – Kak Wan berjaya mengekalkan kerusi di Permatang Pauh.
  • 2008 –  Kak Wan letak jawatan demi beri laluan buat Anwar terjun ke dunia politik.
  • 2014 – Anwar dihukum penjara 5 tahun dan Kak Wan masuk semula dunia politik serta dipilih sebagai DUN negeri Selangor bagi Kajang.
Thrust Into Politics Reluctantly Heres The Inspiring Story Of Msias First Female Dpm World Of Buzz 2
sumber: wob
  • 2015 – Masih mengekalkan kerusi Permatang Pauh untuk Pakatan Rakyat.
  • 2018 – Dr Wan Azizah bertanding di Pandan menentang calon BN, Leong Kok Wee, Mohamed Sukri Omar dari PAS, Jenice Lee dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau menang kerusi Pandan dengan majoriti 61% dan 64,733 undian.  

 

3. Apa langkah Kak Wan seterusnya? 

Kini Dr Wan Azizah ialah presiden PKR, ahli Parlimen, ahli DUN di Selangor dan pada 10 Mei lepas – seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pakatan Harapan Tmikamal 01 Full11
sumber: tv14

Dalam satu sesi interview dengan Channel News Asia, Dr Wan Azizah memberitahu rancangan masa depan politiknya dan juga future kepada ‘Malaysia Baru’.

“Saya percaya rasuah ialah kanser, berbahaya dan cepat meresap, oleh itu anda perlukan bantuan seorang ahli bedah. Saya seorang wanita dan pakar bedah, jadi saya rasa ia boleh membantu,” katanya.

Pun begitu, Kak Wan jugak kerap mengatakan bahawa selepas bebasnya Anwar, dia akan memberi jalan buat suaminya untuk bertanding sebagai ahli Parlimen di kawasannya supaya Anwar boleh diangkat menjadi Perdana Menteri. Walaupun tindakan beliau ni sering dipersoalkan, dia sangat patuh kepada suaminya dan faham kehendak parti yang sudah tetapkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri. 

Thrust Into Politics Reluctantly Heres The Inspiring Story Of Msias First Female Dpm World Of Buzz 6
sumber: wob

Bila disoal adakah karier politik Dr Wan Azizah akan diteruskan selepas itu, dia menjawab:

“Kalau khidmat saya masih diperlukan, pastinya saya akan teruskan. Lagipun saya dah buat perkara ini selama dua dekad yang lalu.” 

Thrust Into Politics Reluctantly Heres The Inspiring Story Of Msias First Female Dpm World Of Buzz 3
sumber: wob

Terinspirasi admin dengan kesetiaan dan ketabahan Kak Wan! Kami di Lobak Merah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada TPM baru kita ni dan kami jugak tidak sabar untuk melihat masa depan yang cerah buat wanita dalam suasana politik negara. 

Baca: “Saya tak anggap diri saya orang Cina. Saya rakyat Malaysia” – Lim Guan Eng 

Lim Guan Eng Im Sorry I Dont Consider Myself Chinese Im Malaysian World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.