“Bila break exam 15 minit je” – Cikgu Bekerjasama Sediakan Roti Bakar Buat Calon SPM Curi Tumpuan Ramai

Jadikan sumber pilihan di Google
“Bila break exam 15 minit je” – Cikgu Bekerjasama Sediakan Roti Bakar Buat Calon SPM Curi Tumpuan Ramai

Tular sebuah video di platform TikTok memaparkan sekumpulan guru bertungkus-lumus menyediakan sarapan roti bakar buat calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah mereka.

Menerusi video berdurasi 30 saat yang dimuat naik oleh akaun rasmi sekolah berkenaan, @asiskl_official, kelihatan beberapa orang guru lelaki dan perempuan sibuk membakar roti serta menyapu pelbagai jenis jem seperti mentega kacang, coklat, kaya dan marjerin sebelum diagihkan kepada para pelajar.


Masa rehat terhad hanya 15 minit

Difahamkan, ia berlaku ketika waktu rehat antara peperiksaan subjek Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 yang sangat singkat.

Menurut penjelasan pihak sekolah kepada Lobak Merah, inisiatif tersebut sebenarnya berlaku secara spontan memandangkan para pelajar mempunyai masa rehat yang sangat terhad sebelum kembali ke dewan peperiksaan.

“Unplanned sebenarnya. Subjek sebelum ini murid ada masa break yang panjang jadi murid buat sendiri roti bakar. Tapi Matematik Kertas 1 ini murid habis menjawab pukul 9.45 pagi dan Kertas 2 jam 10.45 pagi. Murid kena berkumpul semula di dataran pada jam 10 pagi.”

Menyedari kekangan masa tersebut, para guru pantas mengambil keputusan untuk membakar dan menyediakan roti lebih awal supaya kesemua pelajar dapat terus menjamah makanan sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan.

“Cikgu-cikgu terus fikir, kita bakar dululah, supaya nanti murid datang ambil sahaja terus sebab nak cater 112 orang murid lelaki serentak tak mudah.”

Lebih manis lagi, usaha murni ini turut mendapat sokongan padu daripada pihak ibu bapa yang bermurah hati menaja peralatan pembakar roti (toaster) bagi memudahkan urusan penyediaan makanan anak-anak mereka sepanjang musim peperiksaan berlangsung.

Menerusi rakaman tersebut, jelas terpancar wajah ceria dan terharu para pelajar lelaki yang beratur mengambil roti bakar yang sudah siap disapu jem sebelum kembali berjuang menjawab kertas peperiksaan seterusnya.

Keprihatinan warga pendidik ini ternyata mengundang rasa sebak dan pujian ramai yang menyifatkan mereka bukan sahaja mendidik, malah menjaga kebajikan pelajar bagaikan anak sendiri, malah, ia sekaligus telah membantu nasib-nasib murid yang tidak berkemampuan.

Roti Bakar Roti Bakar 2

Sumber : TikTok

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Mende?

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Bila break exam 15 minit je” – Cikgu Bekerjasama Sediakan Roti Bakar Buat Calon SPM Curi Tumpuan Ramai
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bila-break-exam-15-minit-je-cikgu-bekerjasama-sediakan-roti-bakar-buat-calon-spm-curi-tumpuan-ramai/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen