in

Dari Kulinari Ke Politik, Inilah Mat Sabu

Page Mat Sabu 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dari Kulinari Ke Politik, Inilah Mat Sabu
Loading
/

Ekoran kemenangan HARAPAN pada PRU14, kepimpinan kabinet telah pun berubah daripada yang ada sebelum ini.


Antara yang mendapat perhatian rakyat dalam kabinet tersebut ialah Mat Sabu atau Haji Mohamad bin Sabu yang kini memegang jawatan Menteri Pertahanan Malaysia. Korang tau tak beliau sebelum ini mengambil jurusan lain? Dari kulinari ke politik, inilah Mat Sabu.

 

1. Tak takut nak perli Rosmah

Mat Sabu ni berani tau! Dalam ceramah-ceramah yang disampaikannya, beliau dengan selamba memerli isteri bekas PM yang ke-6 tu di khalayak ramai. Banyak video-video yang dah disebarkan di media sosial menunjukkan beberapa kali beliau tak lepas menyelitkan sindiran kepada Rosmah.

 

2. Pernah ambil jurusan kulinari dan lagi pandai memasak daripada Ahmad Maslan

Kalau selama ni kita sering disajikan dengan resipi daripada Ahmad Maslan, lepas ni kita mungkin dapat tengok chef sebenar pulak kongsi resipi bertauliah beliau sebab Mat Sabu ni adalah graduan Seni Kulinari dari UiTM. Tak sangka kan? Beliau pun pernah masak untuk dijamah oleh Tun M dan isterinya dulu. Katanya,Tun M tersenyum sampai balik lepas makan masakannya.

 

3. Mat Sabu dan Tun M suka bergurau sesama sendiri

Mat Sabu dan Tun M ni memang mesra bersama dan sering bergurau serta usik mengusik antara satu sama lain. Beliau juga memang sokong dan percaya dengan matlamat Tun M ni. So, tak hairanlah mereka berdua siap boleh menziarah satu sama lain di rumah masing-masing.

 

4. Pernah bertanding untuk parti PAS dan tubuhkan Parti Amanah Negara

Okay, serious talk sikit lah kan pasal menteri kita ni. Beliau dah terlibat dalam politik sejak tahun 1975 masa sertai ABIM dan kemudian sertai PAS pada tahun 1981. Kalau korang nak tau, Mat Sabu pernah bertanding dalam PRU tahun 1986 semasa masih bersama PAS menentang Anwar Ibrahim yang masa tu dalam Parti ABIM. Tapi time tu beliau kalah. Masa tahun 2015 pulak, beliau keluar PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) bersama rakannya-rakannya.

Mat Sabu
sumber: blog

 

5. Pernah ditahan semasa menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat

Tipulah kalau kata Mat Sabu tak pernah kena tangkap. Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta ISA masa menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat.

a) Penahan pertama (1984 sehingga 1986)

  • Dituduh terlibat dalam gerakan pelampau
  • Terpaksa berdepan dengan penderaan siasatan selama 60 hari
  • Dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.
Unnamed
sumber: blog

 

b) Penahan kedua (1987 hingga 1989)

  • Ditahan bersama anggota pembangkang PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang.
  • Dalam tahanan, beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng.
Li
sumber: blog

 

6. Mat Sabu pun ada side yang soft dan serious

Tun M pernah bagitahu, kalau sekali dengar Mat Sabu cakap, confirm akan tergelak sampai balik rumah. Tapi sebenarnya ada side menteri kita ni yang soft and serious yang kita jarang nampak.

Di dalam sebuah video, beliau memberitahu pernah menangis semasa dijatuhkan hukuman serta di saat dibebaskan dari penjara. Selain itu, dalam video yang sama, beliau dan Lim Guan Eng menceritakan kembali serta mengimbau kenangan mereka yang berkawan bukan kerana kepentingan politik. Awww…

 

Harapnya kepercayaan yang diberikan kepada Mat Sabu untuk menjadi Menteri Pertahanan Malaysia tidak akan disia-siakan. Lagi-lagi dengan rakyat yang senang dengan personaliti dan memberikan kepercayaan kepadanya.

Admin pun tergelak tengok video-video dia.

Baca: Korang Tahu Tak Kisah Inspirasi TPM Kita, Dr Wan Azizah?

Az

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.