in

“Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia

Collagefeat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sekarang tengah musim hujan, tapi disebabkan oleh pemanasan global memang sentiasa rasa bahang dia kan?


Disebabkan ini, memang seronok betul kalau dapat staycation di tempat-tempat sejuk lebih-lebih lagi nak cuti sekolah ni. Bila cakap pasal tempat sejuk, dalam fikiran kita mesti tak Genting Highlands, Cameron Highlands, tu je lah. Lepastu, confirm cuti sekolah ke hujung minggu ke sesak habis bila nak naik sana.

Tapi jangan risau, sebenarnya banyak lagi tempat lain yang sejuk dekat Malaysia ni selain Genting dan Cameron Highlands. Jom tengok!

Artikel berkaitan: 9 Lokasi Percutian Muslim Friendly di India. JOM!

Artikel berkaitan: Anda Pasti Tak Sangka Tempat Percutian Cantik Macam Ni Sebenarnya Kat Malaysia!

1. Bukit Tinggi, Pahang

Colmar Tropical Berjaya Hills Nighview

Kalau korang tak tahu nak pergi mana untuk bercuti pada hujung minggu, apa kata korang pergi ke Bukit Tinggi dan melawat Colmar Tropicale Berjaya Hills. Terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika yang subur di Bentong, tempat ini diinspirasikan dari perkampungan Colmar di Perancis ketika kurun ke-16.

Selain itu, korang juga boleh menikmati vibe Jepun di Japanese Village yang terletak di Colmar Tropicale ni tau. Selain ambil gambar berdekatan air terjun korang juga boleh jalan-jalan di taman jepun dan menyewa kimono serta sertai majlis teh Jepun di sana. Memang best dan paling penting tempat ni sejuk!

2. Fraser’s Hill, Pahang

20210724 Frasers Hill Pahang Tourism Pic

Fraser’s Hill adalah antara tempat sejuk di Malaysia yang popular dengan pembangunan ala English dan landskap desa di sana.

Lebih menarik lagi, Fraser’s Hill turut menawarkan aktiviti-aktiviti outdoor yang menarik seperti melihat burung, jungle trekking, menunggang kuda, berbasikal dan banyak lagi. Kalau korang rasa nak berendam, korang boleh menikmati air sejuk yang menyegarkan di Air Terjun Jeriau. Jangan lupa bbq malam-malam sambil menikmati udara yang extra sejuk dekat sini.

5. Bukit Larut, Perak

Destinasi Bukit Larut

Dikenali dengan nama Maxwell Hill sebelum ini, Bukit Larut merupakan salah satu resort berbukit tertua di Malaysia. Ia terletak di altitut 1,250 meter di atas paras laut di mana korang boleh menikmati udara yang sejuk dan nyaman serta pemandangan yang sangat cantik di sana.

Kalau korang suka mendaki, dekat sini ada banyak tempat yang korang boleh buat jungle trekking sambil menikmati alam semulajadi di sini. Tapi kalau tak minat, korang juga boleh menaiki Bukit Larut Jeep Ride yang boleh bawa korang ke puncak dalam masa 30 minit.

6. Kundasang, Sabah

Kundasang 1.Jpg

Digelar sebagai ‘New Zealand’ Malaysia, Kundasang merupakan salah satu destinasi percutian sejuk yang popular di Malaysia. Di sana korang boleh enjoy cuaca yang sejuk berlatar-belakangnya Gunung Kinabalu tau!

Kalau dah sampai sana, korang bolehlah pergi naik jambatan gantung famous, Jambatan Tamparuli yang terletak di Tuaran. Selain tu, tempat yang wajib singgah adalah Desa Dairy Farm di mana korang boleh tengok sendiri macam mana dorang perah susu lembu dan menikmati pemandangan yang sangat cantik di sana. Memang confirm macam dekat overseas tau!

7. Janda Baik, Pahang

Pulau Santap Janda Baik Muhammad Fazal

Ni antara tempat sejuk yang dekat dengan Kuala Lumpur. Dekat sini korang boleh pilih sama ada nak camping atau duduk dekat chalet yang ada di sini. Selain tu, sungai dan air terjun dekat sini pun semua best. Memang sesuai untuk lepak dengan family dan buat bbq tepi sungai.

8. Gunung Ledang, Johor

264734587 4541170725975853 7676764845541077173 N Edited

Untuk pendaki-pendaki amatur, Gunung Ledang adalah tempat yang paling sesuai untuk korang pergi. Dekat sini juga ada disediakan tempat untuk berkhemah dan ada air terjun sepanjang pendakian. Bila sampai puncak, memang rasa berbaloi betul pendakian korang tu. Kalau beruntung, boleh terserempak dengan Puteri Gunung Ledang yang menyamar jadi nenek kebayan.

9. Gunung Tahan, Taman Negara, Pahang

Hmn4067S9 1658961609

Gunung Tahan merupakan gunung paling tinggi di Semenanjung Malaysia dan terletak di Taman Negara Pahang. Tapi sebelum tu, korang kena tahu yang Gunung Tahan ni salah satu gunung yang agak sukar untuk didaki tau.

Tapi kalau korang dapat ‘tahan’ dan berjaya menakluki puncaknya, memang confirm jadi pengalaman paling berharga. Lepastu dekat sini waktu malam, tahap kesejukan dia boleh sampai 4°C. Fuhhh

Sumber: Klook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.