Bekas Vokalis Payung Teduh Jadi Sorotan, Didakwa Terpalit Kes Gangguan S*ksual

Nama bekas vokalis kumpulan indie popular Indonesia, Payung Teduh iaitu Is Pusakata kini menjadi bualan hangat di media sosial selepas terpalit dengan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap beberapa orang wanita.
Perkara yang mengejutkan ramai itu mula tular selepas beberapa individu termasuk bekas pengurus kumpulan tersebut tampil mendedahkan pengalaman hitam masing-masing menerusi platform Threads.
Bekas pengurus dakwa diraba ketika isteri penyanyi tiada

Menerusi satu perkongsian yang mencuri tumpuan netizen, bekas pengurus kepada kumpulan itu yang dikenali sebagai Marsya mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual penyanyi terbabit.
Dakwa Marsya, insiden itu berlaku apabila Is bertindak meraba tubuhnya ketika ketiadaan isteri penyanyi berkenaan di lokasi kejadian.
Lebih meruntun hati, pendedahan tersebut turut menyatakan bahawa trauma akibat kejadian itu meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam, sehingga memaksa Marsya mendapatkan rawatan psikiatri untuk pulih.
Tersebar tangkap layar mesej berbaur lucah & ajak ke hotel

Bukan itu sahaja, pendedahan Marsya nampaknya membuka ruang kepada beberapa wanita lain untuk turut berani bersuara. Ramai yang mendakwa pernah menerima mesej berbaur seksual daripada penyanyi berkenaan.
Antara dakwaan lain yang turut tular termasuklah:
- Insiden di vila (2017–2018): Seorang wanita mendakwa dia pernah diajak bertemu secara peribadi di sebuah vila sebelum mengalami gangguan seksual di kawasan taman.
- Kejadian di bilik hotel (2015–2016): Seorang lagi individu mendakwa pernah diajak masuk ke bilik hotel sebelum berdepan dengan perbuatan tidak senonoh oleh penyanyi itu.
- Keadaan menjadi semakin panas apabila beberapa tangkap layar (screenshot) perbualan yang didakwa melibatkan Is mula tersebar luas dan menjadi bahan perbincangan hangat netizen.
Belum ada sebarang kenyataan balas
Walau bagaimanapun, kesemua dakwaan yang tular ini masih lagi merupakan pendedahan daripada pihak yang mendakwa sebagai mangsa di media sosial.
Setakat ini, Is Pusakata masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menafikan atau menjawab segala tuduhan berat yang dilemparkan terhadap dirinya.
Sumber : Threads
Nak cerita macam ni sampai dulu?
Jadikan Lobak Merah sumber pilihan di Google.



