in

284 Kotak, 72 Bagasi Mengandungi Wang Dirampas Dari Kondo Mewah

Page Rosmah 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas semalam viral kisah rumah Najib Razak digeledah oleh pihak berkuasa selepas beliau balik dari solat sunat terawih, nampaknya malam tadi kondo milik bekas PM di Pavillion Residence, KL pula digeledah!


Menurut Malaysiakini, polis telah merampas, 284 kotak dan 72 bagasi berisi barangan kemas serta wang tunai yang terdiri daripada pelbagai mata wang.

Page Rosmah 2
sumber: facebook
T1 1
sumber: malaysiakini
T2
sumber: malaysiakini

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan 1MDB.

“Ini adalah hasil carian dari satu daripada enam premis. Jumlah barangan yang kita rampas 72 (beg) yang mengandungi wang tunai pelbagai mata wang dan juga barangan kemas.”

32552189 10156414902113466 6566155897729449984 N
sumber: facebook
T3
sumber: malaysiakini
T5
sumber: malaysiakini

Walau bagaimanapun, nilai barangan yang dirampas masih belum dapat dipastikan namun mendedahkan antara beg tangan yang dirampas ialah termasuk jenama mewah seperti Hermes dan Birkin.

“Kami telah merampas beg berkenaan, kami tahu ia mengandungi wang tunai dan barang kemas. Secara tepat berapa banyak wang tunai saya tidak boleh katakan atau berapa banyak barang kemas. Tetapi jumlah barangan kemas agak besar.”

T4
sumber: malaysiakini

Datuk Seri Amar turut memberitahu tiada sesiapa berada di kediaman berkenaan ketika serbuan dilakukan malam tadi. Sementara itu, apabila ditanya tentang pemilik unit kediaman tersebut, beliau berkata salah satu daripada unit itu milik seorang “Tan Sri”, namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Banyaknya jumpa duit!

Baca: Handbag Dan Pakaian Dirampas Dari Rumah Najib

T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.