Rumah Tangga Berakhir, Julia Farhana Titip Doa Buat Dr Che Hafiz

Jadikan sumber pilihan di Google
Rumah Tangga Berakhir, Julia Farhana Titip Doa Buat Dr Che Hafiz

Pelakon, Julia Farhana Marin seakan memberi bayangan rumah tangganya bersama Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudah berakhir apabila berkongsi foto hitam putih mereka di kamar mahkamah menerusi Instagram.

Lebih menguatkan spekulasi, Julia turut merujuk lelaki itu sebagai ‘bekas suami’ dalam sebuah warkah menyentuh hati berjudul Surat Terbuka Buat Bekas Suami.


Menerusi perkongsian tersebut, Julia meluahkan penghargaan atas segala tahun yang dilalui bersama serta mengakui kedua-duanya sudah berusaha sedaya upaya menjadi pasangan terbaik buat satu sama lain, biarpun tidak berjaya memperbaiki segala kekhilafan dalam hubungan itu.

“Terima kasih, dengan sepenuh hati, atas segala tahun yang dilalui ketika kamu berusaha menjadi suami terbaik buat saya. Saya harap kamu tahu bahawa saya juga sudah berusaha dengan segala cara yang saya tahu untuk menjadi isteri terbaik buat kamu,” tulisnya.

Tambah pelakon itu, dia reda menerima perpisahan berkenaan sebagai ketentuan Ilahi selepas kedua-duanya sampai ke satu tahap apabila perceraian menjadi jalan terbaik untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

“Malangnya, qada dan qadar, takdir kita. Mungkin inilah cara kisah kita sepatutnya berakhir. Sesukar mana pun untuk menerima kenyataan itu, akhirnya kita sampai ke satu tahap apabila perceraian menjadi satu-satunya jalan ke hadapan buat kita berdua,” katanya.

Pada masa sama, Julia memohon maaf atas segala kekurangannya sepanjang bergelar isteri dan menegaskan sudah berdamai dengan takdir tanpa sebarang rasa dendam.

Dia turut mendoakan agar Dr Che Hafiz dikurniakan kebahagiaan, ketenangan, kesihatan yang baik serta dipertemukan dengan cinta baharu yang lebih menghargai dirinya.

“Lebih daripada segala-galanya, saya berharap kita berdua dapat menemukan ketenangan yang mungkin tidak berjaya kita temukan ketika bersama. Jaga diri. Dan terima kasih, atas segala-galanya, Che Hafiz,” luahnya.

Bagaimanapun, Julia tidak memperincikan tarikh sebenar perceraian mereka.

Terdahulu, aktres ini pernah mendedahkan terpaksa keluar dari rumah kelamin sehelai sepinggang dengan hanya membawa beg tangan berisi barangan penting, sekali gus memaksanya berehat seketika daripada dunia seni bagi memulihkan emosi sementara menunggu urusan mahkamah selesai.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022 menerusi majlis tertutup di ibu negara.

Sumber: Instagram

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Syaziyah Sharif
Semua tulisan Syaziyah

Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Rumah Tangga Berakhir, Julia Farhana Titip Doa Buat Dr Che Hafiz
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rumah-tangga-berakhir-julia-farhana-titip-doa-buat-dr-che-hafiz/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen