in

“Sahabat setia saat saya terbungkam di penjara” – PMX Dedah A. Samad Said Antara Punca Kekuatan Ketika Tempoh Detik Sukar

Ft Pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Seri Dr. A. Samad Said atau lebih mesra disapa Pak Samad sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi buat insan yang pernah berkongsi suka dan duka bersamanya.

Menerusi satu hantaran menyentuh hati di laman Instagram, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi luahan rasa sebak selepas memberikan penghormatan terakhir buat sahabat baiknya itu di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Bangsar.


Artikel berkaitan : “Hanya masuk kawasan beranda luar” – Pengerusi Kuil Sangkal Dakwaan PMX Tak Hormat Agama

Artikel berkaitan : PMX Tersenarai Sebagai Tokoh Muslim Ke-13 Paling Berpengaruh Di Dunia, Atasi Presiden Indonesia!

Selalu kirim surat ketika di penjara

Snapinsta.to 923028188 18660189946033325 4913699809803830520 N

Dalam perkongsian tersebut, Datuk Seri Anwar menyifatkan negara telah kehilangan seorang sosok pendidik bangsa yang menumpahkan seluruh jiwa dan hayatnya demi sastera, seni serta budaya tanah air.

Menurut beliau, karya dan puisi Allahyarham bukan sekadar tulisan, malah menjadi pengajaran buat masyarakat agar lebih peka terhadap derita insan dan berani menyuarakan kebenaran.

Apa yang lebih meruntun jiwa apabila Perdana Menteri mengimbau kembali detik-detik sukar ketika beliau berada di sebalik tirai besi.

Snapinsta.to 928648766 18660189853033325 3217996978118517533 N

Dedah Anwar, Allahyarham Pak Samad merupakan antara sahabat yang tetap setia di sisinya saat beliau terbungkam di penjara.

Malah, warkah atau surat-surat yang diutuskan antara satu sama lain menjadi penguat semangat buat dirinya menempuh hari-hari yang penuh liku.

“Pak Samad yang saya kenali adalah antara sahabat yang tetap setia tatkala saya terbungkam di penjara, dan surat-surat yang kami utuskan antara satu sama lain memberi saya kekuatan dalam menempuh saat-saat sukar, sementara persahabatan kami terus mekar selepas saya dibebaskan.”

Tambahnya lagi, ketika bangkit melawan kezaliman suatu ketika dahulu, Allahyarham tetap teguh dengan prinsipnya dan menjadikan puisi sebagai senjata perjuangan meskipun tutur katanya sentiasa lembut.

“Selamat jalan, Pak Samad…”

Snapinsta.to 925408766 18660189895033325 4335566350220360778 N

Mengakhiri coretan penuh emosi itu, Anwar menitipkan ucapan selamat jalan buat sahabat yang hadir tepat pada waktunya saat beliau amat memerlukan sokongan.

Beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan besar ini.

Snapinsta.to 926463157 18660189823033325 2498033525813600971 N

“Selamat jalan, Pak Samad. Surat-suratmu akan sentiasa terpahat dalam ingatan, begitu juga kesetiaan seorang sahabat yang hadir tatkala saya amat memerlukannya. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Pak Samad, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh. Al-Fatihah.”

Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Samad. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.