in

Kes Puteri Balqis: Polis Rakam Keterangan 25 Saksi Termasuk Kru Produksi Drama

Kes Puteri Balqis Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis bakal memanggil kira-kira 25 saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang didakwa dialami pelakon remaja, Puteri Balqis, ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

Setakat ini, seramai enam individu sudah dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk Puteri Balqis serta pelakon lelaki yang dikaitkan dengan dakwaan berkenaan.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, individu lain yang sudah dirakam keterangan termasuk tunang pengadu yang juga pembantu peribadinya, seorang pengarah dan dua jurukamera.

“Keterangan kira-kira 25 lagi saksi membabitkan kru produksi akan dirakam secara berperingkat.

“Proses itu akan dilakukan mengikut kelapangan mereka memandangkan kru produksi berkenaan kini sedang terbabit dalam penggambaran produksi lain,” katanya.

Screenshot 2026 11 24 170234

Artikel berkaitan: “Sudah menyediakan bukti” – Giliran Puteri Balqis Buat Laporan Polis Berhubung ‘Isu Gesel’

Artikel berkaitan: Pengurusan Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Buat Laporan Polis

Terdahulu, media melaporkan polis membuka kertas siasatan susulan dakwaan Puteri Balqis mengalami gangguan seksual daripada seorang pelakon lelaki ketika menjalani penggambaran drama.

Pelakon berusia 19 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 19 November lalu sebelum siasatan dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian didakwa berlaku sekitar Ogos lalu selepas Aqish menerima tawaran untuk membintangi drama berkenaan bersama pelakon lelaki terbabit.

Sebelum ini, Aqish meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap pelakon lelaki itu yang didakwanya sengaja bergesel dengannya ketika melakonkan babak bersama.

Bagaimanapun, pelakon lelaki berkenaan tampil menafikan dakwaan tersebut serta membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan sama, syarikat produksi Global Film Station Sdn Bhd memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.