Kedai Kehabisan Kepingan Kelapa, Pekerja Tergamak Guna Kelemumur Sendiri Hias Kek Cawan

Jadikan sumber pilihan di Google
Kedai Kehabisan Kepingan Kelapa, Pekerja Tergamak Guna Kelemumur Sendiri Hias Kek Cawan

Gelagat pelik dan menjijikkan seorang pekerja kedai roti dari Cleveland, Ohio berusia 26 tahun mengundang ini padah apabila dia dipecat serta-merta selepas bertindak menggunakan kelemumur sendiri sebagai pengganti kepingan kelapa untuk menghias puluhan kek cawan!

Difahamkan, kejadian tidak masuk akal itu berlaku ketika syif pagi yang sibuk apabila pekerja berkenaan sedang bertungkus-lumus menyiapkan tempahan sebanyak 48 biji kek cawan untuk sebuah majlis hari jadi di pejabat.


Berkali-kali menggaru kulit kepala tepat di atas cawan kek

Screenshot 2026 11 27 162012

Segalanya bermula apabila dia menyedari stok kepingan kelapa di dapur sudah habis. Daripada memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan atau mencari alternatif yang betul, dia mengambil keputusan melulu untuk mencipta ‘jalan penyelesaian’ sendiri.

Namun, perbuatan jijik itu tidak bertahan lama apabila seorang rakan sekerja menyedari dia berulang kali menggaru kulit kepalanya tepat di atas deretan kek cawan yang baru selesai disapu krim mentega. Curiga dengan aksi tersebut, rakan sekerjanya segera melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

Bagi alasan sebab nampak sama

Apabila disoal siasat oleh pengurus, pekerja terbabit dilaporkan cuba mempertahankan tindakannya dengan alasan yang cukup melampau, kononnya kepingan putih kelemumur itu kelihatan sama sahaja seperti isi kelapa.

“Tiada siapa yang akan perasan perbezaannya,” katanya seperti yang dilaporkan.

Alasan tersebut jelas tidak diterima akal memandangkan isu kebersihan dan keselamatan makanan adalah perkara utama dalam industri bakeri.

Susulan insiden berkenaan, pihak pengurusan mengambil tindakan pantas dengan membuang keseluruhan 48 biji kek cawan yang telah siap dihias dan mensanitasi ruang dapur bagi memastikan tahap kebersihan terjamin serta memecat pekerja berusia 26 tahun itu serta-merta.

Sumber: Kosmo!, Facebook 

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Mende?

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kedai Kehabisan Kepingan Kelapa, Pekerja Tergamak Guna Kelemumur Sendiri Hias Kek Cawan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kedai-kehabisan-kepingan-kelapa-pekerja-tergamak-guna-kelemumur-sendiri-hias-kek-cawan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen