in

The Knights Awards Musim Ke-5: Mengiktiraf Pengaruh, Meraikan Keunggulan

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyertaan wakil dari negara-negara ini jelas memperlihatkan jangkauan The Knights Award yang semakin meluas, Malaysia sekali lagi menjadi pentas pengiktirafan bertaraf antarabangsa apabila The Knights Award Musim Ke-5: A World of Influence kembali berlangsung di lokasi berprestij, PETRONAS Philharmonic Hall, Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur!

Lebih istimewa, majlis penuh gemilang ini bukan sekadar menghimpunkan barisan pemimpin terkemuka, wakil diplomatik, personaliti antarabangsa, usahawan serta organisasi berpengaruh dari pelbagai bidang, malah turut mencipta pencapaian membanggakan dengan lebih 220 penerima anugerah dari 60 negara, selain menarik kehadiran lebih 500 tokoh elit setiap musim. Dengan 25% penyertaan antarabangsa. 


Kejayaan platform ini turut mendapat perhatian menerusi lebih 100 liputan media dan meraih lebih 100 juta impresi di media sosial. Segala pencapaian ini menjadi bukti pengaruh dan pengiktirafan global yang terus berkembang, sekali gus menjadikan Ennoblement Ceremony sebagai pentas berprestij untuk meraikan kecemerlangan bertaraf dunia!

Copy Of Tka 5Th Sde 280

Lm Photo 3

Lm Photo 4

Lm Photo 5

Lm Photo 6

Lm Photo 7

Lm Photo 8 1

Tka 5Th Sde 57

Lm Photo 9

Diasaskan oleh usahawan tempatan, Dr. Zyro Wong, The Knights Award bukan sekadar sebuah anugerah biasa, malah menjadi platform pengiktirafan bertaraf antarabangsa yang mengangkat individu dan organisasi atas kejayaan serta sumbangan luar biasa mereka dalam pelbagai industri.

Lebih daripada sekadar pengiktirafan untuk satu malam, The Knights Award komited untuk memberi impak jangka panjang menerusi pelbagai inisiatif susulan selepas acara. Para penerima akan mendapat sokongan menerusi kempen pemasaran strategik, penglibatan bersama artis, peluang networking di peringkat tinggi, penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan, khidmat konsultasi dan banyak lagi, sekali gus membantu meningkatkan kedudukan serta pengaruh mereka di pentas global.

Founder Zyrop Wong

Majlis penuh gemilang ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Menteri Perladangan & Komoditi, di samping barisan Pesuruhjaya Tinggi, Duta Besar, wakil diplomatik serta personaliti ternama yang mempunyai pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Yb Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad Menteri Perladangan Komoditi

A World of Influence: Malaysia Menghubungkan Dunia

Membawa tema ‘A World of Influence’, The Knights Award Musim Ke-5 mengangkat aspirasi untuk terus memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia menerusi pengiktirafan antarabangsa, hubungan diplomatik, pertukaran budaya serta kerjasama antara negara.

Sebagai platform yang lahir dari Malaysia, The Knights Award terus membawa nama negara ke pentas dunia dengan menghimpunkan individu berpengaruh dari pelbagai latar belakang, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama antarabangsa.

Tka L 265

The Knights Award Musim Ke-5 turut menerima kehadiran wakil diplomatik dari pelbagai negara termasuk Singapura, Mauritius, New Zealand, Mexico, Kosovo, Lubnan, Algeria, Jordan, Namibia, Afrika Selatan, Colombia, Zambia, Nigeria, Uganda, Afghanistan dan Jepun.

Penyertaan wakil dari negara-negara ini jelas memperlihatkan jangkauan The Knights Award yang semakin meluas.

Bukan sekadar sebuah majlis anugerah tahunan, The Knights Award kini berkembang sebagai platform bertaraf global yang menghimpunkan pemimpin, usahawan, organisasi korporat, inovator serta personaliti berpengaruh dari pelbagai industri.

Tka L 235

Menerusi platform ini, Malaysia turut berpeluang menyerlahkan potensinya sebagai hab serantau yang menggalakkan perkongsian ilmu, perkembangan keusahawanan, industri kreatif serta hubungan antarabangsa.

Secara tidak langsung, ia membuka lebih banyak ruang untuk kerjasama dan peluang baharu di peringkat global.

Tka 5Th Sde 18

Berteraskan falsafah ‘Bond, Build & Bloom’, The Knights Award bukan sekadar meraikan pencapaian, malah turut menggalakkan pembentukan hubungan bermakna, kerjasama strategik serta perkembangan yang mampan.

Dalam masa yang sama, pendekatan ini dapat mengukuhkan jaringan antarabangsa dan membawa impak positif yang berpanjangan di peringkat global.

 

Barisan Council of Lords yang Disegani

The Knights Award turut mendapat sokongan daripada Council of Lords, sebuah majlis yang menghimpunkan barisan pemimpin dan tokoh berpengaruh daripada pelbagai bidang termasuk perniagaan, kerajaan, pendidikan, hiburan serta sektor profesional.

Council of Lords yang dibarisi oleh:

  • Dr Zyro Wong – Presiden Majlis
  • YBM Adjunct Prof. Dato’ Sri Raja Rezza Shah Tengku Sri Kelana D’Raja – Pengasas dan Pengerusi Islamic Fashion Festival
  • Y.M. Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj – Pengarah iKhasas Group
  • Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat – Presiden Malaysia-China Silk Road Business Chamber
  • Professor Tan Sri Datuk Dr Ghauth Jasmon – Presiden Pengasas Multimedia University
  • JJ Delgado – Pemimpin di sebalik International Sales Day terbesar dalam sejarah Amazon
  • Puan Sri Datuk Dr Shariffa Sabrina – Presiden Women’s Sport Fitness Foundation Malaysia
  • Dato’ Aaron Aziz – Artis dan penerbit antarabangsa
  • Dato’ Sasikala Devi Subramaniam – Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Tune Talk Sdn Bhd dan bekas Timbalan Ketua Polis Selangor
  • Dr Kishva Ambigapathy – Pengerusi Commonwealth Youth Innovation Hub
  • Dato’ Haji Ismail Nordin – Pengerusi Financial Consulting Cooperative Limited
  • Datuk Dr A.T. Kumararajah – Naib Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia
  • Esther Hor – Rakan Kongsi Naqiz & Partners
  • Dato’ Jonathan Lim – Pengarah Urusan Systech Berhad
  • Dr Jon Low – Pengasas Smileway Dental Clinic
  • Bon Zainal – Pengasas Malaysia Bumiputra Designer Association

Tka L 158

Tka L 131

Tka L 437

Menggabungkan pengalaman, kepakaran dan jaringan antarabangsa, Council of Lords memainkan peranan penting dalam memperkukuh kredibiliti The Knights Award, merancakkan peluang kerjasama serta membuka ruang kepada pembangunan barisan pemimpin generasi akan datang.

Pertemuan Ikon Antarabangsa dan Personaliti Berpengaruh

The Knights Award Musim Ke-5 turut menyaksikan penyertaan barisan personaliti ternama dari pelbagai latar belakang yang bukan sahaja mencipta nama dalam bidang masing-masing, malah mempunyai pengaruh yang melangkaui peringkat antarabangsa.

Antara personaliti yang diketengahkan ialah:

  • David Chiang 姜大卫 (China Hong Kong) – Pelakon dan pengarah legenda dengan pengalaman lebih enam dekad, terkenal menerusi filem seni mempertahankan diri serta sumbangannya kepada sinema Hong Kong.
  • Zhang Jizhong 张纪中 (China) – Penerbit dan pengarah terkenal yang menghasilkan adaptasi novel seni mempertahankan diri karya Jin Yong seperti The Legend of the Condor Heroes dan The Return of the Condor Heroes.
  • Linda Chung 钟嘉欣 (China Hong Kong) – Pelakon dan penyanyi terkenal dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri hiburan serta pelbagai kejayaan dalam lakonan televisyen dan muzik.
  • Judika (Indonesia) – Ikon muzik Indonesia yang terkenal dengan vokal bertenaga, lagu-lagu hit dan pengaruhnya dalam industri muzik Asia Tenggara.
  • Hubert Wu 胡鸿钧 (China Hong Kong) – Penyanyi dan pelakon Hong Kong yang dikenali menerusi vokal penuh penghayatan, persembahan konsert serta lakonan televisyen.

Kehadiran nama-nama besar dari pelbagai latar belakang ini membuktikan pengaruh The Knights Award di persada antarabangsa, sekali gus mengangkat Malaysia sebagai platform yang menyatukan tokoh dan organisasi berpengaruh dari seluruh dunia.

Antara syarikat dan institusi terkemuka yang turut mendapat pengiktirafan ialah:

  • Village Park Restaurant (Malaysia) – Restoran nasi lemak ikonik Malaysia yang terkenal dengan jualan melebihi 10,000 pinggan nasi lemak setiap hari.
  • Utusan Malaysia (Malaysia) – Antara institusi media paling berpengaruh dan bersejarah di Malaysia, dengan legasi yang berkait rapat dengan perkembangan bahasa Melayu dan pembinaan negara.
  • NCT Group (Malaysia) – Kumpulan pembangunan hartanah yang menghidupkan semula projek terbengkalai serta membangunkan taman perindustrian pintar bagi menyokong pertumbuhan industri mampan.
  • Target Media (China) – Kumpulan media pengiklanan lif terbesar di dunia dengan operasi di 17 negara, termasuk lebih 15,000 skrin digital di bandar-bandar utama Malaysia.
  • AEC Evening Edition (Malaysia) – Program berita berbahasa Cina yang telah beroperasi selama 20 tahun, terkenal dengan laporan mendalam, semakan fakta dan liputan isu komuniti menerusi televisyen serta platform digital.

Mengiktiraf Kecemerlangan Merentas Industri

Bagi menghargai pencapaian dan sumbangan luar biasa dalam pelbagai bidang, The Knights Award mengiktiraf pencapaian luar biasa menerusi tiga kategori anugerah utama iaitu The Duke, The Earl dan The Baron, yang meraikan individu serta organisasi cemerlang dalam bidang perniagaan, hiburan, inovasi, keusahawanan dan sumbangan sosial.

The Duke Award merupakan kategori pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada individu dan organisasi atas pencapaian luar biasa, kepimpinan cemerlang serta sumbangan besar yang meninggalkan impak berpanjangan kepada generasi akan datang.

Sementara itu, The Earl Award mengiktiraf individu dan organisasi terkemuka yang berjaya menyerlah menerusi pencapaian profesional, inovasi serta pengaruh berterusan dalam industri masing-masing.

The Baron Award pula memberi tumpuan kepada bakat baharu, usahawan berpotensi dan organisasi inovatif yang mencorakkan masa hadapan menerusi kreativiti, kesungguhan serta kecemerlangan dalam bidang keusahawanan.

Menerusi ketiga-tiga kategori ini, The Knights Award bukan sahaja mengangkat nama-nama besar di persada antarabangsa, malah turut memberi pengiktirafan kepada individu dan organisasi cemerlang dari Malaysia. Usaha ini sekali gus membuktikan bahawa kecemerlangan tidak mengenal sempadan dan setiap pencapaian wajar diraikan!

Antara barisan pemenang The Knights Awards Musim Ke-5 ialah:

Kategori Duke (Gold Horse) Individu 

  • David Chiang (China Hong Kong) – Pelakon dan pengarah legenda dengan pengalaman lebih enam dekad, terkenal menerusi aksi seni mempertahankan diri serta sumbangan besarnya kepada sinema Hong Kong.

David Chiang Renowned Hk Artiste

  • Zhang Jizhong 张纪中 (China) – Penerbit dan pengarah televisyen terkenal yang mengarahkan adaptasi novel seni mempertahankan diri karya Jin Yong, termasuk The Legend of the Condor Heroes dan The Return of the Condor Heroes.

Zhang Jizhong Legendary Producer China

  • Virginia Lok (China Hong Kong) – Pengarah Eksekutif Shaw Brothers Holdings Limited dengan pengalaman lebih empat dekad dalam industri hiburan, khususnya dalam pembangunan bakat dan industri hiburan berbahasa Cina di Hong Kong.

Tka Pa 346

Kategori Duke (Gold Horse) Syarikat/Kumpulan

  •  AEC Evening Edition – Program Berita Bahasa Cina Paling Berpengaruh (Malaysia)

Tka Pa 258

  • Target Media (China) – Agensi Pengiklanan DOOH Paling Dipercayai di Asia

Tka Pa 262

  • NCT Group – Pemaju Perindustrian Mampan dan Pintar Terbaik Tahun Ini (Malaysia)

Tka Pa 272

  • Utusan Malaysia – Media Berita Bahasa Melayu Cemerlang Tahun Ini (Malaysia)

Tka Pa 276

Kategori Earl – Individu 

  • Firdhaus 菲道尔 – Penyanyi dan Penulis Lagu Paling Berpengaruh Tahun Ini (Malaysia)

Tka Pa 399

  • Lyanna Kea – Pencipta Kandungan Cemerlang Tahun Ini (Australia)

Lyanna Kea Renowned Content Creator Australia

  • Cheung Pak Hung – Pejuang Sukan Lompat Tali dan Penglibatan Belia (China Hong Kong)

Tka Pa 152

  • Linda Chung – Ikon Hiburan Serba Boleh Tahun Ini (China Hong Kong)

Tka Pa 156

  • Judika – Penyanyi Paling Diraikan Tahun Ini (Indonesia)

Tka Pa 161

  • Datin Seri Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid – Tokoh Wanita Cemerlang dalam Kepimpinan Awam dan Komuniti

Copy Of Tka Pa 548

  • Waren Soon – Pemimpin Hartanah Berpengaruh Tahun Ini

Tka Pa 170

  • Hubert Wu – Penyanyi Cantopop Berpengaruh Tahun Ini (China Hong Kong)

Tka Pa 193

  • Is. Dr. Alice Go – Usahawan Wanita Berdaya Tahan Tahun Ini

Tka Pa 173

  • Datin Sri Siti Aishah Chong Binti Abdullah – Ikon Usahawan Wanita dalam Seni Kulinari Malaysia

Tka Pa 180

  • Edison Ang 马来堂哥 – Usahawan Cemerlang dalam Budaya dan Pelancongan Durian

Tka Pa 417

  • Aisar Khaled – Pencipta Kandungan Cemerlang Nusantara
  • Zul Ariffin – Pelakon Terbilang Tahun Ini (Malaysia)

Kategori Earl – Syarikat/Kumpulan

  • Lobak Merah – Platform Berita Sosial dan Hiburan Bahasa Melayu yang Sedang Meningkat Naik

Tka L 467

  • Monsta Studios – Pencipta Animasi Harta Intelek (IP) Terunggul Tahun Ini (Malaysia)

Tka Pa 95

  • Millennium Motors – Kumpulan Pengedar Automotif Cemerlang Tahun Ini

Tka Pa 71

  • Erican Education Group – Institusi Terunggul dalam Pendidikan Bahasa dan Pengajian Tinggi

Tka Pa 75

  • Tune Talk – Jenama Telekomunikasi Inovatif dalam Keselamatan Kanak-Kanak di Alam Maya

Tka Pa 81 1

  • 3P – Kumpulan Lelaki Paling Diraikan Tahun Ini (Malaysia)

Tka Pa 377

  • Yut Kee Restaurant – Restoran Warisan Hainan Ikonik Tahun Ini (Malaysia)

Tka Pa 91

  • GCMA – Agensi Komunikasi Jenama Paling Dipercayai Tahun Ini

Tka Pa 390

  • Hyatt Regency Kuala Lumpur at KL Midtown – Hotel MICE Cemerlang Tahun Ini

Tka Pa 105

  • Village Park Restaurant – Nasi Lemak Terbaik Tahun Ini

Tka Pa 66

  • Star Suites KLCC – Kecemerlangan dalam Hospitaliti Suite Servis Lima Bintang

Tka Pa 109

  • Party Eventilicious – Kecemerlangan dalam Hiasan dan Pengalaman Acara Kreatif

Tka Pa 114

  • New Media Center of Hainan Broadcasting Station – Platform Media Digital Cemerlang untuk Pertukaran Budaya (China)

Tka Pa 118

  • Carzone Interior – Pengalaman Pengubahsuaian dan Penjagaan Kereta yang Dipercayai dalam Industri Automotif

Tka Pa 122

Kategori Baron – Individu

  • Usha Seamkhum – Pelakon Wanita Baharu Paling Menyerlah Tahun Ini (Thailand)

Noodou Photo 12

  • Benjamin Velasquez – Penyanyi Kanak-Kanak Meningkat Naik Tahun Ini (Peru)

Tka Pa 364

  • Sangsoon Kim – Ahli Silap Mata Kreatif yang Sedang Meningkat Naik Tahun Ini (Korea)

Tka Pa 18

  • Chef Whan – Cef Muda yang Sedang Meningkat Naik dalam Seni Kulinari Thai (Thailand)

Tka Pa 27

Kategori Baron – Syarikat/Kumpulan

  • Collectiv Land – Pemaju Hartanah yang Berkembang Pesat Tahun Ini

Tka Pa 31

  • Aspect Production – Rumah Produksi Kandungan Visual AI yang Sedang Meningkat Naik

Tka Pa 36

  • TheWebxite – Agensi Penyelesaian Teknologi Maklumat (IT) yang Sedang Meningkat Naik Tahun Ini

Tka Pa 40

Meraikan Kecemerlangan Seni Antarabangsa

Bertambah istimewa, malam anugerah ini turut dimeriahkan dengan persembahan muzik, silap mata dan aksi akrobatik daripada penghibur bertaraf antarabangsa!

6. Firdhaus Malaysian Singer Songwriter

Antara nama besar yang turut memeriahkan pentas The Knights Award Musim Ke-5 ialah ikon muzik Indonesia Judika, penyanyi dan pelakon Hong Kong Hubert Wu, penyanyi serta penulis lagu Malaysia Firdhaus, vokalis Peru dan peserta separuh akhir Spain’s Got Talent Benjamin Velasquez, ahli silap mata Korea Selatan serta peserta separuh akhir America’s Got Talent Sangsoon Kim, selain juara dunia lompat tali dari Hong Kong Cheung Pak Hung.

Tka L 400

Tka Pa 50 1

4. Sangsoon Kim Americas Got Talent Semifinalist Magician Korea

1. Benjamin Velasquez Spains Got Talent Semifinalist Peru

Gabungan bakat luar biasa dari pelbagai negara ini bukan sahaja menghidupkan suasana majlis, malah menjadikan pentas The Knights Award sebagai ruang untuk meraikan kepelbagaian budaya dan keunikan seni hiburan dari seluruh dunia.

Rakan Strategik Memacu Kecemerlangan Antarabangsa

Kejayaan The Knights Award Musim Ke-5 di pentas antarabangsa pastinya tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan komitmen padu daripada rakan kerjasama serta para penyokong yang sentiasa bersama menjayakan platform berprestij yang berasal dari Malaysia ini.

Antara rakan rasmi yang terlibat terdiri daripada:

  • Penyampai Rasmi: The Knights Atelier
  • Rakan Lokasi: PETRONAS Philharmonic Hall, KLCC dan Takun Retreat Club
  • Rakan Media: ASTRO dan New Media Center of Hainan Broadcasting Station
  • Dengan Sokongan: WKV Entertainment
  • Rakan Automotif: Millennium Motors
  • Rakan Dekorasi: Party Eventilicious
  • Rakan Hospitaliti: Regal Global
  • Rakan Penginapan: Star Suites KLCC
  • Penasihat Undang-Undang: Naqiz & Partners
  • Rakan Perhubungan Awam: Influasia
  • Rakan Gastronomi: AS I AM
  • Rakan Penyelesaian Teknologi Maklumat: TheWebxite
  • Rakan Produksi: Aspect Production
  • Rakan Hadiah Eksklusif: 3CM
  • Rakan Ukiran: XTool

Malaysia Sebagai Titik Pertemuan Tokoh Berpengaruh Dunia

Lebih daripada sekadar acara anugerah, The Knights Award berhasrat membina jaringan antarabangsa yang menghubungkan pemimpin, organisasi dan personaliti berpengaruh dari pelbagai industri serta negara.

Tka 5Th Sde 24 1

Melalui kerjasama strategik, hubungan perniagaan dan pendedahan jenama, platform ini membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan Malaysia untuk melangkah ke pasaran global, selain menggalakkan organisasi antarabangsa meneroka peluang kerjasama di Malaysia.

Memasuki musim kelima, tema ‘A World of Influence’ menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha mengangkat nama Malaysia ke persada dunia.

Setakat ini, The Knights Award telah mengiktiraf lebih 200 individu dengan jaringan yang merangkumi lebih 65 negara, sekali gus menghubungkan bakat dan pencapaian luar biasa dari seluruh dunia.

Tka Pa 479

Tka 5Th Sde 10 1

Berteraskan prinsip ‘Bond, Build & Bloom’, The Knights Award terus komited menjadikan pengiktirafan sebagai titik permulaan kepada hubungan, kerjasama dan impak yang lebih besar di peringkat global. The Knights Award Musim Ke- 5: A World of Influence membuktikan bahawa sebuah platform yang diasaskan di Malaysia mampu menyatukan kecemerlangan dunia tanpa mengira sempadan.

Untuk Pertanyaan Media dan Maklumat Lanjut

Perhubungan Awam dan Media

Gabriel Teo | 011 2332 3671

Kah Wing | 012 808 0663

Laman Web Rasmi: www.theknightsaward.com

Instagram Rasmi: @theknightsaward

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.