in

TERKINI: Najib dan Rosmah SAH Disenarai Hitam – Jabatan Imigresen

Rosmah Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, Malaysiakini melaporkan pasangan ini didakwa telah disenarai hitam oleh Sistem Siasatan Status Perjalanan Jabatan Imigresen. Pemeriksaan dibuat pada jam 5.30 pagi tapi kira-kira jam 9.18 pagi, status itu berubah dan menjadi ‘tiada halangan’.


Imigresen 1
sumber: malaysiakini

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Mustafar Ali pada awalnya menafikan bahawa kedua-dua mereka telah disenarai hitamkan. Tetapi, menurut Malaysiakiniupdate terkini mengesahkan bahawa kedua-dua mereka telah DISENARAI HITAM!

Bermakna, Najib dan Rosmah tidak boleh meninggalkan negara ini untuk apa-apa urusan pun, termasuk bercuti.

Imigresen 2
sumber: facebook

Najib bagaimanapun ketika ditanya menjawab,

Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara.” 

Nantikan berita lanjut yang akan menyusul. Follow Lobak Merah untuk perkembangan terkini.

Baca: “Saya nak pergi berehat sebentar dengan keluarga” – Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.