“Untuk saudara kita” – Pemuda Sertai Misi ‘Airdrop’ Ke Gaza, Sediakan Bantuan Di Jordan

Tambah ke Sumber Pilihan
“Untuk saudara kita” – Pemuda Sertai Misi ‘Airdrop’ Ke Gaza, Sediakan Bantuan Di Jordan

Walaupun banyak bantuan kemanusiaan disumbang ke rakyat Palestin, bukan mudah untuk kesemua bantuan tersebut masuk ke sempadan Gaza disebabkan sekatan yang dibuat oleh tentera Israel.

Oleh itu, banyak negara di dunia menggunakan alternatif airdrop iaitu bantuan kemanusiaan yang dilepaskan melalui ruang udara untuk penduduk Gaza.


Perjalanan ke Jordan hampir dua hari

Satu hantaran yang dimuat naik oleh @haroqscrazy memaparkan pengalamannya menyertai misi bantuan air drop yang dijalankan oleh pempengaruh media sosial iaitu Farah Lee.

Artikel berkaitan: Puluhan Ribu Penduduk Palestin Terpaksa Ke Gaza Selatan Untuk Selamatkan Diri

Artikel berkaitan: Anime 8 Tahun Lepas Dari Jepun ‘Gaza Change The World’ Buat Ramai Netizen Kagum

Perjalanan bermula dari Malaysia dan masuk ke negara Jordan yang mengambil masa hampir dua hari. Di salah sebuah tempat perlindungan rakyat Palestin di Jordan, dia bersama sukarelawan yang lain menyediakan 300 kotak bantuan makanan hasil daripada sumbangan orang ramai yang baik hati.

Masa ni bungkus 300 kotak bantuan dengan Kak Farah Lee. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menyumbang. FLChildrity dah berjaya mendapat sumbangan sebanyak RM131 ribu. Lagi RM20 ribu untuk capai target..

Kitorang sampai je Jordan, tak rehat apa terus buungkus bantuan.. InsyaAllah esok, atau lusa kita akan air drop melalui tentera udara. Doakan perjalana kami selamat.

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet terharu melihat usaha mereka memberi bantuan untuk rakyat Palestin. Bagaimanapun, ada yang mendakwa bantuan secara air drop tersebut sudah disekat namun pemilik video itu bersangka baik.

Gaza 2

Selain itu, ramai antara netizen mendoakan agar urusan para sukarelawan dipermudahkan dan ada juga yang berniat untuk menyertai misi bantuan seperti ini.

Gaza 1  Gaza 3

Moga dipermudahkan!

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Untuk saudara kita” – Pemuda Sertai Misi ‘Airdrop’ Ke Gaza, Sediakan Bantuan Di Jordan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/untuk-saudara-kita-pemuda-sertai-misi-airdrop-ke-gaza-sediakan-bantuan-di-jordan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM