in

Puluhan Ribu Penduduk Palestin Terpaksa Ke Gaza Selatan Untuk Selamatkan Diri

Ft Palestin Berpindah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Puluhan ribu rakyat Palestin terpaksa melarikan diri dari pertempuran yang semakin melampau di Gaza selepas Israel memaklumkan akan mengetatkan lagi kurungan serta menolak cadangan gencatan senjata dan membebaskan tebusan.


Berita Harian melaporkan bahawa cadangan yang bertujuan untuk melindungi orang awam itu sudah disuarakan lebih sebulan lalu selepas pejuang Hamas menyerang Israel.

Artikel Berkaitan : “Respect!” – Kanak-Kanak Palestin Berani Adakan Sidang Akhbar, Tuntut Keamanan Negara

Artikel Berkaitan : “Unsung heroes!” – Kenali 4 Wartawan Berani Yang Tak Henti Sebar Kebenaran Di Palestin

Sebaliknya, Israel melakukan serangan balas dengan memusnahkan pejuang Hamas dan bertindak menyerang Gaza, mereka melakukan pengeboman tanpa henti dan melakukan pencerobohan darat terhadap Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 10,500 nyawa yang kebanyakannya kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sementara itu, tujuan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak untuk gencatan senjata di Gaza adalah untuk tidak membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan.

A 83

Dalam pada itu, tentera Israel berkata seramai 50,000 orang rakyat Palestin meninggalkan utara Gaza ke selatan semenanjung semalam ketika pertempuran antara pejuang Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam dengan rejim zionis Israel.

“Kami melihat hari ini bagaimana 50,000 penduduk Gaza berpindah dari utara ke selatan Gaza. Mereka pergi kerana mereka faham Hamas hilang kawalan di utara, dan di selatan lebih selamat,” kata jurucakap tentera Daniel Hagari.

Sumber melaporkan bahawa anggaran 15,000 yang menyelamatkan diri kelmarin berbanding 5,000 pada Isnin serta 2,000 pada Ahad lepas, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua hak asasi PBB, Volker Turk mengecam Israel berhubung pemindahan paksa ketika lawatannya ke sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir iaitu satu-satunya jalan keluar dari wilayah terkepung yang tidak dikawal oleh Israel.

“Hukuman kolektif oleh Israel terhadap orang awam Palestin juga adalah jenayah perang, begitu juga dengan pemindahan paksa orang awam yang menyalahi undang-undang.”

Tegasnya lagu, bantuan yang disalurkan juga sedikit dan menjadi kewajipan buat Israel untuk memastikan keperluan asas kehidupan mereka perlukan pada tahap maksimum.

Malah, seorang pemimpin dari Hamas memberitahu bahawa pemindahan rakyat Palestin yang cedera dan penduduk berstatus dua kewarganegaraan semalam terganggu biarpun ramai menunggu di terminal lintasan.

Ia kerana kedegilan Israel untuk meluluskan senarai yang cedera dibawa melintasi sempadan. Bahkan, sumber yang rapat dengan Hamas mengatakan rundingan kini sedang dijalankan untuk membebaskan tebusan termasuk enam warga Amerika Syarikat (AS) sebagai balasan kepada gencatan senjata selama tiga hari di Gaza.

Sebelum ini, dikatakan bahawa Qatar telah menjadi ‘orang tengah’ dalam membuat rundingan penyelasaran dengan AS untuk membebaskan antara 10 hingga 15 tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata satu hingga dua hari.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.