in

Prabowo Lulus Terima Bantuan Padamkan Kebakaran Hutan Dari Malaysia

Prabowo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, akhirnya memberikan persetujuan untuk menerima bantuan daripada negara jiran bagi menangani kebakaran hutan dan tanah di negara itu yang turut mencetuskan masalah jerebu rentas sempadan.

Memetik laporan ANTARA, Menteri Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir, memaklumkan bahawa urusan menerima bantuan berkenaan kini sedang dibincangkan pada peringkat teknikal oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).


Menurutnya, Prabowo memandang serius situasi kebakaran yang bukan sahaja menjejaskan beberapa wilayah di Indonesia, malah turut memberi kesan kepada negara-negara jiran.

Perkara itu sudah dibincangkan dan sedang diproses. Seperti yang kita ketahui, presiden sudah memberikan kelulusan,” katanya.

Images 1 2

Artikel berkaitan: “Saya yang b*doh politik bisa paham” – Isu Jerebu Makin Panas, Baim Wong Sokong Kenyataan Syed Saddiq

Artikel berkaitan: Dikecam Kerana Berada Di Singapura Ketika Jerebu, Gabenor Kalimantan Timur Rupanya…

Malaysia tawar pesawat, tiga helikopter dan 52 anggota

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini menawarkan bantuan bagi membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia, khususnya di kawasan Kalimantan.

Tawaran yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika bertemu Prabowo pada 18 September lalu merangkumi sebuah pesawat, tiga helikopter serta 52 anggota dan pegawai berkaitan.

Bantuan itu bertujuan membantu operasi pemadaman kebakaran yang berlarutan sehingga menyebabkan jerebu merebak ke negara jiran, termasuk Malaysia.

Topshot Indonesia Pollution Environment Fire 31C3805785F14C26B0C4Dd7B5116Dd86 1792118915

Lebih 60,000 anggota digerakkan tangani kebakaran

Dalam perkembangan sama, Indonesia dilaporkan sudah menggerakkan seramai 60,177 anggota daripada pelbagai agensi, termasuk pasukan bomba, tentera, polis, pegawai perhutanan dan sukarelawan setakat 13 Oktober lalu.

Pesawat dan helikopter turut digunakan bagi menjalankan operasi pengeboman air dari udara serta pengubahsuaian cuaca bagi membantu usaha memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku di beberapa kawasan termasuk Sumatera dan Borneo terus menjadi perhatian susulan kesannya terhadap kualiti udara di rantau ini.

Malaysia dan Singapura antara negara yang turut terkesan dengan jerebu berkenaan, sekali gus menjadikan kerjasama serantau penting bagi membendung keadaan daripada terus berlarutan.

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.