in

Anime 8 Tahun Lepas Dari Jepun ‘Gaza Change The World’ Buat Ramai Netizen Kagum

Ft Anime Jepun Gaza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi yang menimpa di bumi Gaza kini tidak dinafikan telah merobek hati rakyat Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Semenjak dari itu, pelbagai lantang menyuarakan solidariti dan bermacam-macam cerita berlegar di media sosial kita.


Namun baru-baru ini, ada netizen ternampak satu animasi dari Jepun yang ditayangkan pada 8 tahun lepas jadi tular kerana mesej yang disampaikan seolah-olah memberikan gambaran terhadap Palestin sekarang.

Artikel Berkaitan : Pos Malaysia Lancar Setem Khas ‘Palestin Merdeka’ Mula Dijual 18 Januari 2024

Artikel Berkaitan : Nafi Seleweng Dana, Aman Palestin Dakwa Jongkong Emas Untuk Pelaburan

 

Gaza Change The World

Video tersebut dinamakan ‘Gaza Change The World’, ia adalah satu video daripada sebuah organisasi Islam di Jepun yang bertujuan untuk membuat kutipan derma bagi pembinaan masjid di daerah Shizouka.

Animasi berdurasi 2 saat ini memperlihatkan keadaan di bumi Gaza yang diserang menggunakan senjata api,malah terpapar satu imej jenazah mangsa yang terkorban memancarkan cahaya yang menghasilkan masjid dan menarik perhatian orang ramai yang menyaksikannya.

Cahaya yang dipancarkan dalam anime itu merupakan satu simbolik penghadang (batu-bata) yang boleh menghasilkan perisai di bandar Gaza.

Di akhir video tersebut, terpapar mesej yang mengajatakan bahwa kekejaman dan ketidakadilan dunia takkan berakhir melainkan jika kita semua bersatu dan membangkitkan semula ummah kita.

Di TikTok, ramai yang terharu menonton video tersebut dan memuji mesej yang disampaikan oleh rakyat Jepun ini. Dengan video ini juga, laungan Free Palestine juga turut membanjiri ruangan komen.

Screenshot 2024 01 04 170942 Screenshot 2024 01 04 171011 Screenshot 2024 01 04 171043

Min bila tengok ni jadi sebak campur terharu.

Sumber : YouTube, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.