Sikap prihatin dan kelantangan pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie, dalam menyuarakan isu kemanusiaan sekali lagi meraih pujian ramai selepas beliau berkongsi gambaran terkini kemusnahan di Gaza menerusi imej satelit Google Earth.
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Angelina berkongsi paparan sebelum dan selepas yang menunjukkan kawasan kejiranan di Gaza kini hampir rata menjadi padang jarak padang tekukur.
Artikel berkaitan: Shiloh, Anak Angelina Jolie Dan Brad Pitt Mahu Buang Nama Bapa
Artikel berkaitan: Hilang Pentas Demi Gaza: Bagaimana Macklemore ‘Gegar’ Industri Muzik Amerika Syarikat
Bangunan Terjejas, Musim Sejuk Makin Hampir
Menurut perkongsian tersebut, analisis satelit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati sekurang-kurangnya 82% struktur bangunan di Gaza telah mengalami kerosakan, di mana kira-kira dua pertiga daripadanya musnah sepenuhnya.
View this post on Instagram
“Google Earth boleh menunjukkan kemusnahan fizikal dengan sangat jelas. Namun, apa yang tidak dapat ditunjukkan adalah bagaimana rasanya hidup di tengah-tengah kemusnahan itu, apa yang terjadi kepada keluarga yang terkorban, dan bagaimana kehidupan mereka yang terselamat,” tulisnya.
Beliau turut menekankan bahawa menjelang musim sejuk, kira-kira 1.98 juta penduduk amat memerlukan bantuan perlindungan serta keperluan asas dengan kadar segera.
Netizen Puji Sikap Konsisten Angelina Jolie
Perkongsian berani aktres berkenaan mendapat perhatian meluas daripada netizen seluruh dunia yang rata-ratanya memuji kelantangan beliau menggunakan platform serta pengaruh jutaan pengikut demi menyuarakan penderitaan rakyat Palestin.

Bukan sahaja aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, keberanian Angelina untuk terus konsisten bersuara mengenai krisis Gaza disifatkan sebagai satu tindakan yang wajar dicontohi oleh selebriti antarabangsa yang lain.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran daripada pelakon filem Hollywood itu sudah mencapai lebih 1.7 juta likes serta lebih 50K komen.
Sumber: Instagram
