in

Tareq Fit Anggap Konsert Tok Ti Adalah Contoh Hiburan Haram?

Ft Tareq Fit Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jurulatih kecergasan, Tareq Fit sekali lagi menimbulkan isu dengan artis dan kali ini, dia menjadikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai ‘sasaran’ berkaitan konsert online streaming melibatkan penyanyi itu.

Artikel berkaitan: “Ustaz ni sempurna sangat ke?” – Fasha Sandha Tempelak Tareq Fit, Dakwa Teguran Seolah-olah Aibkan Artis


Artikel berkaitan: “Awak dulu g*muk tapi tak pergi dakwah” – Nizam Jentik-Jentik Berdebat Sampai Tareq Fit Terdiam?

Hiburan haram?

Menerusi Threads miliknya, Tareq Fit ada memuat naik poster gambar konsert dan menyifatkan konsert Online Streaming, Beraya Bersama Saya itu, sebagai salah satu contoh hiburan haram. Malah, Tareq juga mengatakan bahawa duit yang diraih menerusi hiburan itu adalah satu perkara haram.

“Ni contoh hiburan Haram, so duit dari hiburan ni HARAM Hadis ini merupakan peringatan keras daripada Rasulullah SAW mengenai bahaya memakan harta atau makanan yang haram.”

Screenshot 2026 04 20 160136

Difahamkan, ini bukanlah pertama kali Tareq Fit cuba ‘menyerang’ Siti Nurhaliza, menjengah ke ruangan komen peminat biduanita itu ada mempersoalkan tindakan Tareq Fit sambil menasihati agar hubungi Siti Nurhaliza secara terus jika ingin membuat sebarang teguran.

Screenshot 2026 04 20 160449

Sebelum ini, beberapa barisan artis lain juga pernah menjadi sasaran Tareq Fit seperti Que Haidar, Kamal Adli, Aeril Zafrel dan juga Nizam Jentik Jentik. Malah, pelakon Fasha Sandha juga pernah menempelak Tareq Fit berikutan dengan kenyataannya terhadap penyanyi tersohor ini.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.