Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tersentuh hati apabila teringat kata-kata Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali kepadanya pada suatu ketika dulu.
Katanya, Allahyarham berkata bahawa persembahan biola dalam satu acara sebelum ini mungkin menjadi penampilan terakhir mereka bersama.
Artikel berkaitan : Jenazah Tun Hasmah Mohamad Ali Dibawa Ke Kediaman Di Seri Kembangan
Artikel berkaitan : Dari Penuntut Perubatan Ke 70 Tahun Perkahwinan, Ini Kisah Cinta Abadi Tun M & Tun Hasmah
“Kenangan bersama Bonda Tun Hasmah tidak akan hilang daripada ingatan saya selamanya. Semasa persembahan, Bonda Tun berbisik kepada saya, ‘Ini mungkin persembahan terakhirnya bersama saya’.”
“Kerana itulah saya tidak dapat menahan air mata dan terus menangis sepanjang latihan bersama arwah.”
Katanya lagi, pelukan hangat tokoh negara itu akan dirindui selamanya, selain mengatakan bahawa Allahyarham akan selalu berada di dalam doanya seperti mana doa Siti Nurhaliza terhadap ibu bapanya itu.
“Saya dapat rasakan pelukan erat seorang ibu. Saya pun rasa tidak mahu melepaskan pelukan erat itu. Bonda Tun akan selalu berada dalam doa Siti, sepertimana doa Siti buat mak dan abah Siti.”
Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun semalam.
Sumber : Utusan
