in

“Telinga hebat, tone dan kawalan suara baik” – Datuk Mokhzani Dedah Siti Nurhaliza Nyanyi Dengan Orkestra Tanpa Hadir Latihan

Ft Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah muzik dan konduktor orkestra terkenal, Datuk Mokhzani Ismail, telah mendedahkan satu ‘sisi lain’ yang terjadi di sebalik persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa bersama orkestra di bawah naungannya semasa di majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq hujung minggu lalu.

Menerusi hantaran di laman sosial beliau, Datuk Mokhzani mendedahkan bahawa beliau sering mengiringi secara ad-hoc terhadap mana-mana penyanyi yang tiba-tiba ingin menyanyikan sebuah lagu.


Artikel berkaitan: Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

Artikel berkaitan: Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz

Puji Siti Nurhaliza ada telinga hebat

Namun dalam persembahan Siti Nurhaliza pada malam tersebut, Datuk Mokhzani mendedahkan bahawa penyanyi tersohor tersebut tidak dapat hadir ke sesi latihan seperti penyanyi lain dan hanya melakukan persembahan pada malam majlis diadakan.

 

View on Threads

 

Akan tetapi, beliau begitu terkejut dan terpegun apabila mendapati Siti Nurhaliza mampu menyampaikan persembahan itu yang cukup sempurna. Malah, beliau turut menyifatkan perkara tersebut sebagai satu ‘kerja gila’, namun mengakui bakat yang dimiliki oleh pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu sememangnya sangat luar biasa.

Ini kerana, jarak di antara pemain orkestra dengan pentas agak jauh dan ia menyukarkan beliau untuk memberikan sebarang isyarat semasa penyanyi melakukan persembahan.

“Rozi (pengurus) mesej saya, dia kata Dato Siti akan datang malam terus dan nyanyi. Kita siapkan skor ikut format biasa. Yang menjadikan agak sukar stage dia kira 20km lebih ha ha ha. Susah nak angguk-angguk jeling-jeling.”

“Saya hanya satu solution kalau salah masuk saya akan stop kan orkestra dan saya jalan terus dengan rhythm. Tapi memang dia sangat extraordinary, sangat luar biasa dengan telinga yang hebat, tone dan kawalan suara terbaik lengkap dengan penghayatan semua secukup rasa. Itulah Biduanita DSSN.”

Untuk rekod, majlis resepsi perkahwinan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berlangsung meriah di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada malam Ahad lalu.

Majlis tersebut telah diserikan dengan nyanyian daripada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, sehari selepas beliau mengadakan Konsert Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa yang diiringi orkestra di bawah pimpinan Datuk Mokhzani.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.