in

Lesti Kejora Mahu Kekal Hubungan Baik Dengan Keluarga Siti Nurhaliza, Beri Penjelasan Isu Anak Ditegur ‘Bodyguard’ Izara Aishah

Lesti Kejora Siti Izara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam lagi, hangat diperkatakan mengenai pergeseran di antara pelakon yang juga menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Izara Aishah dengan pasukan kepada penyanyi terkemuka dari Indonesia, Lesti Kejora berkenaan suatu insiden yang didakwa berlaku ketika Konsert Tradisional Gema Bumantara pada Sabtu lepas.

Tidak mahu memanjangkan isu, Lesti Kejora semalam tampil menjelaskan situasi menerusi platform Threads mengenai situasi sebenar berhubung insiden itu.


Snapinsta.to 857187727 18659302255000681 3488569049800560150 N Scaled

Menurut Lesti, beliau mendakwa insiden itu tercetus apabila anaknya didakwa telah ditegur kasar oleh pengawal peribadi yang dipercayai daripada pasukan pelakon Izara Aishah.

Lesti yang juga tidak berada di tempat kejadian berkata, dia dimaklumkan insiden itu berlaku apabila seorang petugas keselamatan telah melarang anaknya daripada menyentuh Izara dengan nada didakwa agak kasar ketika ahli keluarganya mahu bergambar dengan Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Ketika itu, anak saya sedang didukung oleh ahli keluarga saya ketika hendak bergambar bersama Datuk Siti. 

“Namun, ketika mereka hendak menghampiri beliau, seorang petugas keselamatan melarang anak saya daripada menyentuh kakak (Izara) dengan nada yang agak keras, mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai perkara tersebut. 

“Ahli keluarga saya terkejut dengan kata-kata berkenaan. Secara peribadi, saya ingin memohon maaf sekiranya kejadian itu menimbulkan rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak,” katanya.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Buat Kejutan! Jemput Noraniza Idris Sebagai Penyanyi Undangan Di Konsert Gema Bumantara

Artikel berkaitan: 5 Momen ‘Rare’ Ketika Berlangsungnya Konsert Gema Bumantara Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Lesti mahu kekal hubungan baik dengan keluarga Siti Nurhaliza 

Dalam pada itu, Lesti juga memaklumkan tiada niat daripada pihaknya atau orang-orang yang hadir memberikan sokongan kepadanya untuk berlaku tidak sopan dan tidak menghargai sesiapapun di majlis itu.

Lesti juga mengucapkan rasa syukurnya kerana diberikan kesempatan istimewa daripada Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan pasukannya untuk menjadi sebahagian daripada konsert yang megah kerana ia adalah salah satu daripada impiannya.

Saya menerimanya dengan hati terbuka sebagai pembelajaran untuk terus memperbaiki diri dan menjadi lebih baik ke depannya. 

“Saya berharap hubungan baik dan silaturrahim dengan Kak Izara, Dato’ Siti, keluarga serta seluruh pasukan senantiasa terjaga. Semoga kita boleh terus saling mendukung, menghargai dan berbagi kebahagiaan melalui muzik. 

“Sekali lagi, terima kasih dan mohon maaf. Semoga Allah selalu menjaga hubungan baik kita semua,” tulisnya lagi.

Posting berkenaan yang telah mendapat 9,700 likes dan 1,600 perkongsian menerima pelbagai komen daripada netizen yang memuji sikap merendah diri Lesti Kejora yang tidak mahu memanjangkan perbalahan.

Lesti 1 Down

Terdahulu, Lesti merupakan salah seorang artis jemputan daripada Indonesia selain King Nassar yang membuat persembahan pada Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.

Sumber: Threads, mStar

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.