“Sulit ke SPM?” – Dakwaan Kertas Bocor Tular, Lembaga Peperiksaan Ambil Tindakan Lanjut

Jadikan sumber pilihan di Google
“Sulit ke SPM?” – Dakwaan Kertas Bocor Tular, Lembaga Peperiksaan Ambil Tindakan Lanjut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu ketirisan soalan peperiksaan kembali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas seorang pengguna memuat naik dakwaan kononnya kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tersebar sebelum waktunya.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, pengguna dengan nama akaun @/sh1man_ meluahkan tanda tanya apabila mendakwa kertas berkaitan Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral seolah-olah sudah ada salinannya, sambil turut menanda akaun rasmi Lembaga Peperiksaan serta Menteri Pendidikan.


 

View on Threads

 

“sulit ke spm smlm bi harini moral siap ade kertas @lembagapeperiksaanrasmi @fadhlinasidek_”

Bersama hantaran tersebut, beberapa tangkap layar perbualan serta nota atau draf soalan turut dimuat naik sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warga maya.

Menarik perhatian ramai, akaun rasmi lembagapeperiksaanrasmi turut tampil meninggalkan balasan di ruangan komen hantaran berkenaan. Pihak tersebut meminta agar maklumat lanjut disalurkan menerusi mesej terus (DM) bagi tujuan siasatan.

“Terima kasih atas makluman. DM kami untuk maklumat dan siasatan lanjut,” tulisnya.

Tindakan pantas pihak Lembaga Peperiksaan membirikan respon berhubung dakwaan tersebut disambut baik kerana melibatkan integriti serta keselamatan peperiksaan awam. Calon-calon SPM juga diharapkan dapat kekal fokus dan tenang menghadapi peperiksaan masing-masing tanpa terganggu dengan khabar angin yang belum disahkan kesahihannya.

Setakat ini, sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan tersebut masih tertakluk kepada proses siasatan pihak berwajib. Orang ramai dan warga maya dinasihatkan agar tidak mudah membuat andaian atau menyebarkan maklumat yang belum pasti kebenarannya.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Syaziyah Sharif
Semua tulisan Syaziyah

Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sulit ke SPM?” – Dakwaan Kertas Bocor Tular, Lembaga Peperiksaan Ambil Tindakan Lanjut
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sulit-ke-spm-dakwaan-kertass-bocor-tular-lembaga-peperiksaan-ambil-tindakan-lanjut/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen