in

7 Unsung Heroes Dalam Kalangan Orang Awam Yang Ramai Tak Tahu

Page Pru4

Bantu membantu antara satu sama lain adalah amalan mulia yang patut dilakukan tanpa mengira usia, agama dan budaya. Setiap bantuan yang dihulurkan juga perlulah ikhlas dari hati tanpa mengharapkan balasan.

Kewujudan media sosial kini memberi pendedahan tentang kebaikan yang dilakukan oleh orang ramai bukan untuk menunjuk tetapi sebagai pedoman agar orang lain turut tertarik untuk melakukan kebaikan. Oleh itu, kami senaraikan 7 unsung heroes dalam kalangan orang awam yang ramai tak tahu.

 

1. Wanita membantu bayi kemalangan

Dua bulan lalu, tular di Facebook kisah mengenai Rose Afdayanti Nasir yang membantu seorang bayi perempuan berusia enam bulan selepas dia dan ibu bapanya terlibat di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Melihat keadaan ini, Rose tampil memberikan pertolongan cemas kepada anak kecil itu.

Rose kemudian meminta kebenaran ibu bapa bayi tersebut yang turut tercedera untuk membawa bayi terbabit ke hospital sendiri dengan kadar segera. Tindakan pantasnya menyebabkan bayi itu berjaya diselamatkan oleh doktor.

Baby1
sumber: lobak merah

 

2. Guru kendong murid harungi banjir

Pada tahun lepas, telah tular kisah seorang guru wanita yang bertindak mengendok pelajarnya. Tindakannya mendapat pujian kerana tujuan sebenar beliau membuat demikian adalah kerana bimbang pelajarnya dipatuk ular ketika meredah banjir.

Ketika banjir kilat melanda, beberapa kelas tahun satu dan dua sekolah terbabit dinaiki air dan beliau menawarkan diri mengendong lima murid dari dewan tempat berkumpul ke kelas mereka untuk mengambil bekalan yang tertinggal di dalam kelas.

Tolong Student
sumber: lobak merah

 

3. Wanita bantu remaja dihalau bapa saudara

Sebulan yang lalu, telah tular kisah di Facebook di mana seorang wanita bernama Aye membantu remaja lelaki yang berada di dalam kesusahan. Remaja ini memberitahu dia telah dihalau bapa saudaranya dan tiada wang untuk pulang ke kampung di Kedah.

Aye kemudian menolong remaja tersebut yang bernama Afiz dengan membelikan tiket bas ke Kedah serta makanan untuknya memandangkan remaja tersebut berada dalam kelaparan.

Tolong Susah
sumber: lobak merah

 

4. Abang Melayu bantu suap warga emas India

Pada awal tahun lalu, sebuah video seorang lelaki Melayu sedang menyuap warga emas India makan di medan selera tular. Hal ini kerana rata-rata memuji tindakan beliau membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

Warga emas itu nampak malu dan menolak untuk diberikan makanan, namun, lelaki tersebut tetap menyuapnya lagi memandangkan warga emas tersebut kelihatan masih kelaparan.

Tolongwarga
sumber: lobak merah

 

5. Lelaki tolong tumpangkan warga emas OKU ke masjid

Sebuah video pernah tular baru-baru ini dek kerana seorang lelaki menguar-uarkan supaya menghulurkan bantuan kepada seorang warga emas OKU cacat penglihatan yang ingin ke masjid.

Pakcik tersebut kelihatan berdiri di hadapan Hotel Seed sambil memegang kertas yang bertulis meminta bantuan untuk hantarnya ke masjid Muadz. Irzaq yang kebetulan lalu di situ dengan ikhlas menumpangkannya ke destinasi berkenaan.

Tolong Oku
sumber: lobak merah

 

6. Bilal beri mangsa banjir tempat berteduh

Banjir teruk yang berlaku di Pulau Pinang telah menyebabkan ramai penduduk terkandas dan kehilangan tempat tinggal. Dalam keadaan yang darurat itu, bilal bernama Sapno Tukijo telah tampil membantu.

Beliau telah membuka surau kepada mangsa banjir bukan beragama Islam untuk berteduh di situ sementara menunggu banjir surut. Walaupun dikecam di media sosial, tetapi beliau tahu membantu menyelamatkan nyawa lebih penting tambah-tambah lagi dalam keadaan darurat.

Tolong Banjir
sumber: lobak merah

 

7. Netizen bantu lariskan ikan masin warga emas

Ini adalah contoh netizen menggunakan media sosial untuk menularkan sesuatu yang berguna. Hal ini adalah kerana mereka beramai-ramai membantu seorang warga emas yang menjual ikan masin demi menampung wang rawatan buat isterinya yang sakit.

Seorang netizen bernama Aleef telah berkongsi kisah pakcik ini di Twitter berserta nombor telefon dan nombor akaun bank sekiranya ada yang ingin membantu. Sejak itu, ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan serta berpusu-pusu membeli ikan masin pakcik ini untuk membantu.

Tolong Ikan Masinblur
sumber: lobak merah

Individu-individu yang tergolong daripada masyarakat biasa ini sentiasa ada dalam membantu orang yang memerlukan. Oleh itu momen seperti ini menunjukkan yang #KitaOK walaupun masih terdapat perkara negatif yang berlaku sekeliling kita dan individu-individu yang menolong ini ibarat takaful yang sentiasa ada untuk melindungi di saat diperlukan.

Bagi memastikan #KitaOK sentiasa, maka adalah penting bagi kita mengambil insiatif untuk melindung diri sebelum sebarang kecelakaan berlaku. Betul tu, sediakan payung sebelum hujan!

Macam mana nak berjaga-jaga sebelum perkara yang tidak diingini berlaku? Caranya mudah saja… Sambil tu, anda juga turut layak menyertai pertandingan serta berpeluang memenangi percutian ke Perth, Australia untuk dua orang, telefon pintar iPhone X 64GB atau MyDNA kit! Jadi, macam mana nak masuk pertandingan ni?

Langgan pelan PruBSN Anugerah sekarang dan sertai Peraduan #KitaOK. Tempoh peraduan adalah dari 1 Februari hingga 31 Mac 2018.

Untuk menyertai, anda cuma perlu:

Langkah 1: Ambil gambar selfie atau wefie dan muat naik ke laman Facebook dan/atau Instagram peribadi anda.

Langkah 2: Sertakan #KitaOK dan #PruBSN di dalam kapsyen gambar anda.

Langkah 3: Emelkan screenshot gambar, URL entri dan nombor sijil PruBSN Anugerah anda ke kitaok@prubsn.com.my

Kitaok A5 Flyer Bm

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.

Tiada siapa boleh menyangka apa yang akan berlaku pada diri kita, kan? Oleh itu, bersiap siagalah sebelum perkara yang tidak dijangka berlaku di masa akan datang dengan mengambil takaful bagi menjamin bahawa #KitaOK untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal mendatang.