in

Kuasa Netizen Berjaya Lariskan Ikan Masin Yang Dijual Warga Emas Ini

Masin 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah bagi orang zaman sekarang untuk mencari rezeki bagi sesuap nasi. Mungkin sesetengah orang bekerja di pejabat dari pagi hingga ke tengah malam. Namun ada juga orang yang berjalan kaki di tengah panas dan menjaja hasil jualan demi mencari rezeki buat anak isteri di rumah.

Bagi pakcik tua ini, dia memilih untuk menjual ikan masinnya kepada orang ramai demi menampung wang rawatan buat isterinya yang sakit. Kasihan melihat nasib pakcik tersebut menjaja di Melaka Sentral pada setiap hari, seorang netizen bernama Aleef telah memuat naik kisah pakcik itu di Twitter.


Pakcik Masin
sumber: twitter
Dsh0Tazvaaiph0L
sumber: twitter

Bersama tweet tersebut juga, Aleef telah sertakan nombor telefon berserta akaun bank pakcik berkenaan jikalau ada di antara netizen yang ingin menghulurkan sumbangan kepada insan yang memerlukan pertolongan ini.

Dsh0T4Cuiaaarkp
sumber: twitter

Susulan daripada tularnya kisah pakcik ini, ramai di antara netizen mengambil kesempatan untuk menghulurkan wang sebanyak yang mereka mampu buat warga emas tersebut. Malah, ada yang turut ke lokasi dan membeli ikan masin pakcik tersebut untuk membantu.

Viral
sumber: twitter
4 1
sumber: twitter
Pakcik 1
sumber: twitter
Pakcik 2
sumber: twitter

Menurut Berita Harian, warga emas yang berasal dari Muar, Johor ini bernama Md Zin Ahmad yang berusia 63 tahun. Dia sanggup berulang-alik dari rumahnya dekat Bukit Pasir seawal jam 8 pagi dengan bas ke Melaka Sentral yang mengambil perjalanan sejauh 100 km.

Demi menyara kehidupannya bersama isteri yang uzur, Md Zin telah menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperoleh dari Parit Jawa, Muar. Katanya, jarang sekali orang ramai peduli dengan hasil jualan yang dibawanya, namun dia tidak sesekali mendesak mereka membeli.

“Pak cik tidak mahu membebankan empat anak yang sudah dewasa kerana mereka mempunyai keluarga sendiri,” jelasnya yang hanya memperoleh komisyen sebanyak 50 sen bagi setiap bungkus yang dijual.

Jual Ikan Masin
sumber: bh

Lebih menyedihkan, dia terpaksa membelanjakan RM30 sehari untuk tambang pergi dan balik serta perbelanjaan makan sehingga pulang jam 9 malam.

“Saya terpaksa berjalan ke kawasan Melaka Sentral untuk menjual ikan masin dengan harga RM10 bagi empat bungkus kerana sambutan di situ lebih menggalakkan, berbanding tempat lain,” katanya lagi.

Bagi Md Zain, jarak antara Muar dan Melaka bukanlah penghalang untuk mencari rezeki kerana dia juga menjaga pengambilan ubatan harian untuk penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Malah kini ternyata segala usahanya terbalas apabila kisahnya menjadi tular dan pemilik tweet yang menyebarkan kisah pakcik ini juga mengakui kehidupan pakcik itu kini pastinya sudah senang kerana telah mendapat pelbagai bantuan daripada orang ramai.

Pakcik
sumber: twitter

Kuatnya kuasa viral! Semoga bisnes pakcik ini terus maju dan dia tak perlulah lagi berulang-alik jauh hingga ke Melaka. Kasihan mesti penat setiap hari. 

Baca: Orang Ramai Sanggup Beratur Beli Nasi Lemak RM1 Demi Membantu Wanita Ini

Nasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.