Netizen Tersentuh dan Puji Pemuda Melayu Suap Makan Warga Emas India

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Netizen Tersentuh dan Puji Pemuda Melayu Suap Makan Warga Emas India

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Dalam suasana ketegangan kaum dan agama di Malaysia, ramai menjadi kurang prihatin dan simpati dengan keadaan sesetengah rakyat yang mengharapkan perhatian dari orang lain.

Namun, seorang pemuda Melayu baru-baru ini menyentuh hati netizen selepas videonya menyuap seorang warga emas India makan viral di internet.

Video berdurasi 2 minit 53 saat itu dirakam di sebuah medan selera dan dimuat naik oleh akaun Facebook Tamils Media Malaysia pada 15 Februari lalu dengan caption “Respect abang melayu !!! Inilah namanya prihatin manusia tanpa kira agama dan bangsa …”

Sumber: Facebook

Di dalam video itu, pemuda Melayu berkenaan dilihat memegang sepinggan nasi bersama lauk pauk sambil tangan kanannya pula menyuap warga emas berbangsa India itu.

Mengikut penampilannya, warga emas itu dipercayai seorang gelandangan dengan memakai T-shirt, seluar pendek dan hanya berkaki ayam. Dia malah dilihat hanya tunduk malu dan hanya mengangkat muka untuk minum dan menerima suapan. Mesti dia sedih sebab tak sangka diberi layanan macam tu.

Sumber: Facebook

Warga emas itu juga dilihat menunjukkan isyarat tangan menandakan cukup, namun pemuda berkenaan tetap mahu menyuapnya makan.

Makan, makan. Kamu sudah makan belum? Belum kan?” kata pemuda itu sebelum menyuap makanan kepada warga emas berkenaan.

Selepas beberapa kali disuap dan minum, warga emas itu sekali lagi menunjukkan isyarat tangan kerana tidak mahu disuap lagi namun dia tetap menerima suapan makanan daripada pemuda berkenaan. Mesti dia lapar tapi dia malu 🙁

Sumber: Facebook

Warga emas itu mungkin tidak mahu dilihat tamak dan merendah diri. Pemuda berkenaan pula dilihat bergurau dengan orang di sekeliling dengan menawarkan mereka untuk disuap makan berkemungkinan bagi meyakinkan warga emas itu supaya makan jika tidak mahu makanan itu diberikan kepada orang lain.

Kemudian apabila mahu disuap sekali lagi, warga emas itu terus bangun dan mahu beredar. Pemuda itu masih cuba memujuknya untuk makan dan berkata,

“Sekali lagi. Last, last. Tak mau?” tanya pemuda itu ketika warga emas berkenaan beredar dari meja.

Sumber: Facebook

Nama lelaki itu, lokasi medan selera dan tarikh video itu dirakam tidak dapat dikenal pasti namun netizen rata-rata tersentuh dengan pendekatan yang diambil oleh lelaki itu.

“Awak adalah hero. Zaman sekarang Malaysia mempunyai banyak isu perkauman. Awak adalah contoh yang baik untuk semua rakyat Malaysia. Sikap kemanusiaan.” komen seorang pengguna Facebook.

Meskipun berlainan bangsa dan agama, ia  tidak menghalangnya untuk menunjukkan sifat prihatin dan kemanusiaan kepada warga emas berkenaan. Tindakan yang dilakukannya memang wajar dipuji dan menjadi contoh kepada orang lain. Bravo bang! *tepuk tangan*

Tonton video di bawah ini:

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!