in

Tun M Sanggup Potong 10% Duit Pencen Demi Bantu Rakyat Yang Terjejas Akibat Covid-19

Ft Tun M 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Serangan’ virus Covid-19 bukan sahaja mengancam kesihatan manusia tapi turut dilihat menyebabkan banyak ekonomi isi rumah semakin terjejas.


Perlaksanaan perintah kawalan menyebabkan ramai individu yang terpaksa menanggung kesannya sehingga menyebabkan ramai diantara mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

Jadi bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh rakyat, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad juga bersetuju dengan cadangan untuk memotong gaji menteri.

Bekas perdana menteri itu juga turut menawarkan pemotongan pencen yang diperolehinya bagi membantu beban yang dihadapi oleh rakyat pada masa kini.

Saya sanggup dipotong 10% dari pencen saya asalkan ia diguna untuk mengurangkan beban mereka yang hilang pendapatan sama sekali.

Beliau turut mengakui bahawa ketidakstabilan ekonomi ini tidak menjejaskan hidupnya.

Saya akui kehidupan saya tidak sedikit pun terjejas kerana lockdown dan SOP yang saya terpaksa amalkan.

 

Sentiasa menawarkan pemotongan gaji

Terdahulu Tun M turut menjelaskan tawaran pemotongan gaji menteri adalah perkara yang sering dilakukannya setiap kali beliau menduduki kerusi menteri.

Tiap kali saya menjadi Perdana Menteri, usul saya yang pertama ialah memotong gaji saya, gaji Menteri dan Timbalan Menteri dah juga Pengawai Tinggi Kerajaan sebanyak 10%

Tambah beliau lagi, gaji yang diperolehi menteri pada masa kini semakin tinggi justeru pemotongan gaji yang dilakukan tidak membawa sebarang permasalahan

Sekarang gaji sudah naik berkali ganda daripada dahulu. Mereka yang bergaji dalam Kerajaan tidak mengalami apa-apa kekurangan.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau menerusi akaun Twitternya @chedetofficial semalam dan telah mendapat sebanyak 511 ciapan selain menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

So korang rasa idea ni bernas ke tidak? Perlu ke menteri lain follow langkah ni?

Baca : “Mereka masih mahukan saya” – Tun M Beri Bayangan Akan Bertanding Pada PRU-15

Capture 5 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.