in

“Mereka masih mahukan saya” – Tun M Beri Bayangan Akan Bertanding Pada PRU-15

Cc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan individu yang tidak asing lagi dalam arena politik negara.


Dua kali beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan pada umur 95 tahun, beliau masih terus berjuang dengan mengemudi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang ditubuhkan olehnya sendiri.

Jika sebelum ini beliau ada memaklumkan untuk tidak lagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas faktor kesihatan, namun beliau dikhabarkan telah berubah fikiran dan menyatakan hasrat untuk kembali bertanding pada PRU-15 disebabkan oleh sokongan dari ahli partinya.

C1 4

“Mereka (penyokong) masih mahu saya bertanding. Ada benarnya, kebanyakan orang pada usia 95 tahun sudah tidak lagi aktif. Saya bernasib baik, saya masih berpeluang aktif.

“Namun begitu, mereka nampaknya tidak fikir bahawa saya akan merosot apabila usia makin meningkat. Mereka melihat saya seperti saya sekarang. Jadi, mereka, mahu saya sekurang-kurangnya tidak berkata yang saya tidak akan bertanding (PRU15) kelak,”

C 4

 

Tidak dapat bekerjasama dengan TS Muhyiddin

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak dapat bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beranggapan penggantinya itu menggunakan strategi seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ‘melemahkan’ semua pihak yang menentangnya.

“Bagaimana mungkin saya dapat menerima Muhyiddin seperti itu?”

Dr Mahathir juga menegaskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga sedia bekerjasama dengan Najib atas dasar ‘politik lebih penting berbanding prinsip’.

Sumber: Astro Awani

 

Baca: Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai PM – Tun Mahathir

C2 1

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.