in

Mengadu Tidak Sihat, Tun M Terpaksa Pulang Tinggalkan Majlis Tahlil Tun Hasmah

Ft Tun M 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan terpaksa bergegas pulang ke kediamannya sejurus sebelum bermulanya majlis tahlil buat Allahyarhamah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Situasi yang berlaku di luar jangkaan itu nyata mengejutkan para tetamu yang hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.


Artikel berkaitan : “Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama” – Tun M  

Artikel berkaitan : “Inilah yang kami rindukan” – Tun M Dilihat Tersenyum Ketika Hadiri Majlis Tahlil di Yayasan Perdana 

Sebelum beredar, Dr Mahathir dilihat sempat dikerumuni rakan-rakan artis dan tetamu yang hadir. Beliau dilihat melambaikan tangan ke arah hadirin di sekelilingnya sebelum bergegas meninggalkan lokasi bagi berehat di kediaman peribadi.

Walau bagaimanapun, majlis tahlil tersebut tetap diteruskan seperti yang dirancang dengan diwakili oleh anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, disusuli tahlil dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.