in

“Inilah yang kami rindukan” – Tun M Dilihat Tersenyum Ketika Hadiri Majlis Tahlil di Yayasan Perdana

Ft Tun M Mula Ceria

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih daripada dua minggu dilihat sugul selepas kehilangan isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilihat mula mengukir senyuman.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh pelakon Datin Paduka Umie Aida, jelas kelihatan senyuman yang diukir pada wajah Tun M saat bertemu dengan kanak-kanak dalam satu majlis tahlil untuk Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Yayasan Perdana hari ini.


Artikel berkaitan : “Tun nampak makin sihat” – Diziarahi Tuanku Raja Perlis, Ramai Bersyukur Lihat Keadaan Terkini Tun M

Artikel berkaitan : “Dia rasa sangat keseorangan” – Marina Kongsi Keadaan Tun Mahathir Selepas Pemergian Isteri Tercinta

Inilah wajah dan semangat yang kami rindukan

 

View on Threads

 

Dalam pada itu, menerusi Utusan Online hari ini, anak sulung Tun M iaitu Datin Paduka Marina Mahathir juga memaklumkan perkembangan positif bapanya itu. Katanya, Tun M kini dilihat sudah semakin sihat, boleh bercakap, mahu makan dan hampir sama seperti dahulu berbanding dengan dirinya pada dua minggu lalu.

“Dia lebih aktif sikit dan lebih bersemangat. Kini, dia masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan belum boleh dibenarkan pulang ke rumah lagi.”

Selain itu, Datin Paduka Marina juga kongsikan bahawa beliau sekeluarga kini sudah boleh menerima pemergian Allahyarham berbanding dengan pada waktu awal sebelum ini.

“Kita sudah terima pemergian Allahyarham dari awal walaupun sukar pada awalnya. Lagipun, baru dua minggu. Masih susah percaya dia (Allahyarhamah) sudah tiada.”

Terdahulu, lebih 200 tetamu hadir pada majlis tahlil berkenaan termasuk Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sumber : Threads, Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.