in

“Tak patut advertise makanan masa Lent” – Wanita Saman McDonald’s Lepas Dakwa Iklan Burger ‘Paksa’ Buka Puasa

Mcd E1629513488511

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Puasa, tak kiralah dalam agama atau kepercayaan mana pun, pastinya ada dugaannya yang tersendiri.


Cover 1179704 1920 E1628401629618

Seorang wanita di Rusia ini juga tak terlepas dari diuji semasa sedang berpuasa Lent. Untuk pengetahuan korang, Lent adalah tempoh 40 hari sebelum perayaan Easter dimana penganut Kristian akan mengelak daripada makan daging.

Memetik laporan portal Metro, Ksenia Ovchinnikova, telah bertindak memfailkan saman mendakwa iklan burger keju dan nuget ayam yang dipaparkan oleh McDonald’s mengakibatkan dirinya tergoda dan akhirnya membeli sebelum memakan hidangan terbabit meskipun sedang berpuasa Lent.

Difahamkan, insiden terbabit berlaku pada tahun 2019 semasa Ovchinnikova sedang berjalan di pusat bandar Omsk. Ketika itu dia sudah satu bulan berpuasa Lent. Ketika itulah dia terlihat iklan yang dipaparkan francais makanan segera popular berkenaan.

Intro 1595863311 E1628401577765

Jelas Ovchinnikova, setelah kira-kira sebulan tidak makan sebarang produk berasaskan daging, dia berasa tidak berdaya mahu melawan apa-apa godaan yang akhirnya mengakibatkan wanita itu menjamah burger keju McDonald’s.

Saman McDonald’s kerana sebabkan kejatuhan moral

Meskipun masih belum ada tarikh sah untuk perbicaraan kes terbabit, pihak Zamoskrovetsky Court di Rusia mengesahkan mereka ada menerima saman terbabit.

166060151 E1628401793789
Gambar hiasan

Lapor media tempatan, Ovchinnikova difahamkan menyaman McDonald’s dengan jumlah RUB 1,000 (RM57.44).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan wanita itu, dia berkata McDonald’s sudah sebulan menayangkan iklan terbabit dan dia tergugat sebaik sahaja melihatnya.

“Saya lihat ini sebagai pelanggaran undang-undang pelindungan pengguna. Jadi, saya minta pihak mahkamah untuk siasat. Sekiranya memang ada kesalahan undang-undang berlaku, saya minta McDonald’s untuk bayar ganti rugi RUB 1,000 pada saya sebab menjatuhkan moral,” katanya.

Jelas Ovchinnikova lagi, sebelum promosi itu berlangsung di McDonald’s, wanita itu mendakwa dia sudah berjaya berpuasa Lent selama 16 tahun sebelumnya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa syarikat seperti McDonald’s dan yang lain tidak sepatutnya dibenarkan mengiklankan makanan semasa Lent kerana penganut Kristian sedang berpuasa.

Pun begitu, jurucakap bagi Bishop of Moscow mengesa Ovchinnikova untuk pergi mengaku dosanya daripada mengadu di mahkamah.

Sumber: Baca: Monyet Serang Pekerja Makmal Dan Bawa Lari Sampel Ujian Covid-19” target=”_blank” rel=”noopener noreferrer”>Metro

Baca: Demi Dapatkan Lamborghini Daripada Tuhan, Penganggur Ini Hampir Mati Lepas Puasa 33 Hari & Malam

Demi Dapatkan Lamborghini Daripada Tuhan Penganggur Ini Hampir Mati Lepas Puasa 33 Hari Malam E1626496623941

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.