in

“Saya tak tahu kenapa saya kat sini” – Ini Kata-Kata Terakhir 5 Pembunuh Bersiri Sebelum Dihukum Mati

Kata Kata Terakhir Pembunuh Bersiri E1618123707994

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dahulu lagi, memang terdapat ramai pembunuh bersiri yang telah dijatuhkan hukuman mati atas jenayah kejam yang dilakukan mereka.


Ada sesetengah daripada penjenayah ini sempat memohon maaf atas jenayah yang telah dilakukan.

Tetapi, ada juga beberapa pembunuh bersiri yang menggunakan peluang memberi kata-kata terakhir untuk meluahkan rasa marah dan kebencian yang terpendam dalam hati.

Tidak kurang juga ada sesetengah pembunuh bersiri ni yang dah tak ambil kisah mengenai keadaan mereka. Siap ada yang suruh jalankan hukuman cepat-cepat lagi!

Jom admin kongsikan lima kata-kata terakhir pembunuh bersiri terkenal dunia.

1. Aileen Wuornos

Aileen E1610172882316

Aileen Wuornos merupakan seorang pekerja seks yang menjadi lebuhraya di Florida sebagai tempat dia mencari makan.

Wanita ini ditahan pada 9 Januari 1991 dan dituduh atas kesalahan membunuh beberapa orang lelaki di antara tahun 1989 dan 1990. Meskipun begitu, Aileen berkata, kesemua pembunuhan yang dilakukannya adalah atas sebab self-defense. Menurutnya, mangsa-mangsanya semua cuba merogol ataupun telah merogol dirinya.

Namun begitu, Aileen tetap dijatuhkan hukuman mati dengan suntikan beracun pada 9 Oktober 2002 atas kesalahan membunuh enam orang lelaki.

Sebagai kata-kata terakhir, Aileen berkata,

“Saya akan kembali.”

2. Jeffrey Dahmer

Jeffrey Dahmer E1610173407210

Di antara tahun 1978 dan 1991, Jeffrey Lionel Dahmer menggemparkan dunia selepas dia ditahan polis atas kesalahan merogol dan membunuh 17 orang lelaki berusia antara 14 tahun sehingga 36 tahun.

Turut dikenali dengan nama Milwaukee Cannibal atau Milwaukee Monster, Jeffrey Dahmer turut didapati bersalah melakukan jenayah nekrofilia, kanibalisme dan mengawet beberapa anggota badan mangsanya.

Pada tahun 1994, ketika berusia 34 tahun, Jeffrey Dahmer mati dipukul seorang tahanan di penjara. Dikhabarkan, Jeffrey sempat meninggalkan kata-kata terakhir sebelum riwayatnya tamat.

“Aku tak kisah kalau aku hidup atau mati. Bunuhlah aku.”

3. Albert Fish

Albert Fish E1610173983324

Hamilton Howard Fish atau dikenali sebagai Albert Fish merupakan seorang pembunuh bersiri dan perogol kanak-kanak yang aktif sekitar tahun 1924 sehingga 1932.

Mempunyai pelbagai nama gelaran seperti Gray Man, Werewolf of Wysteria dan Brooklyn Vampire, Albert Fish dijatuhi hukuman mati menggunakan kerusi eletrik pada 16 Januari 1936.

Selain merogol dan membunuh kanak-kanak, Albert Fish juga mengamalkan kanibalisme dan mengaku yang seramai 100 individu tidak bersalah telah menjadi mangsanya.

Meskipun begitu, Albert Fish hanya disabitkan kesalahan membunuh 3 orang mangsa sahaja. Ketika menunggu pelaksanaan hukuman, Albert sempat memberikan kata-kata terakhirnya.

“Saya pun tak tahu kenapa saya berada di sini sebenarnya.”

4. Carl Panzram

Carl Panzram Mugshot E1610175470805

Carl Panzram merupakan salah seorang pembunuh bersiri Amerika Syarikat. Terdapat pelbagai jenayah pernah dilakukan lelaki ini antaranya jenayah rogol dan merompak.

Sebelum dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 1930, Carl dengan bangganya menceritakan jenayah yang dilakukannya. Menerusi pengakuan di mahkamah dan buku autobiografinya bertajuk Killer: A Journal of Murder, Carl mengaku telah melakukan sebanyak 21 jenayah bunuh yang kebanyakannya tidak dapat disahkan.

Selain itu, lelaki berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat ini juga mendakwa telah meliwat 1,000 orang lelaki.

Apabila diberi peluang untuk memberikan kata-kata terakhir sebelum hukuman dijalankan, Carl berkata,

“Cepat lah, anak haram Hoosier (merujuk kepada penduduk di Indiana, Amerika Syarikat)! Saya boleh bunuh sedozen lelaki sementara kamu semua terhegeh-hegeh buat kerja.”

5. Ted Bundy

Ted Bundy E1610176445549

Nama Ted Bundy sepertinya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Menggunakan wajahnya yang tampan dan ayat-ayat manis untuk mengumpan mangsa, jenayah yang dilakukan Ted Bundy termasuklah pembunuhan, merogol, menculik dan nekrofilia.

Di antara tahun 1974 dan 1978, Ted Bundy telah mengaku melakukan 30 pembunuhan di tujuh negeri berbeza. Pengakuan lelaki itu direkodkan di mahkamah selepas lebih 10 tahun dia menafikan pertuduhan.

Ted Bundy akhirnya dijatuhkan hukuman mati menggunakan kerusi eletrik pada 24 Januari 1989. Sebelum hukuman dilaksanakan, Ted Bundy sempat memberikan kata-kata terakhirnya.

“Saya nak sampaikan salam sayang saya kepada keluarga dan rakan-rakan.”

Pada pendapat korang, kata-kata terakhir pembunuh bersiri mana yang paling menakutkan? Tinggalkan komen korang di ruangan komen.

Sumber: Iluminasi, NZ Herald

Baca: Perangkap Si Tampan! Ini Kisah 4 Pembunuh Bersiri Yang Gunakan Wajah Untuk Perangkap Mangsa

Ft Bunuh 1 E1610177130747

Sumber: YouTube
Sumber: Biography
Sumber: Quartz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.