in

Demi Dapatkan Lamborghini Daripada Tuhan, Penganggur Ini Hampir Mati Lepas Puasa 33 Hari & Malam

Demi Dapatkan Lamborghini Daripada Tuhan Penganggur Ini Hampir Mati Lepas Puasa 33 Hari Malam E1626496623941

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia 27 tahun hampir sahaja kehilangan nyawanya selepas berpuasa selama 33 hari dan malam berturut-turut. Punca dia melakukan demikian adalah kerana mahu mendapatkan kereta mewah Lamborghini daripada Tuhan.


Header Family Huracan Performante E1622350655988
Gambar hiasan

Kedengaran tak masuk akal tapi itu apa yang berlaku di Zimbabwe apabila Mark Muradzira, 27, seorang pemimpin belia di Risen Saints Church memilih untuk melakukan puasa ekstrem itu kerana menganggap ia akan mendorong Tuhan untuk memberikannya Lamborghini.

Lapor Ladbible, walaupun tidak dipastikan dengan tepat puasa bagaimana yang dilakukan, Muradzira yang berasal dari Bindura juga menyorokkan dirinya di kawasan pergunungan untuk mengelakkan mana-mana individu cuba memberinya makan.

Pada mulanya, Muradzira dikatakan mahu berpuasa selama 40 hari dan malam. Pun begitu, lelaki terbabit diselamatkan selepas 33 hari dan malam berturut-turut berpuasa. Difahamkan, keadaannya ketika itu sudah terlalu lemah.

Laporan lanjut mendedahkan lelaki itu berbuat demikian kerana dia tidak mampu untuk membeli Lamborghini yang merupakan dream car teman wanitanya. Muradzira juga dikhabarkan adalah seorang penganggur.

Ahli gereja pernah cuba kumpul duit untuk bantu beli Lamborghini

Hub 12 18 Charity Hero 1200X900 1 E1622350813975
Gambar hiasan

Jelas sumber lagi, beberapa ahli gereja lain pernah cuba untuk mengumpul wang bagi membantu Muradzira untuk membeli Lamborghini. Walau bagaimanapun, kutipan dana itu terhenti separuh jalan selepas mereka sedar berapa harga sebenar kereta terbabit.

Wang yang sudah dikutip separuh jalan itu difahamkan akan digunakan untuk membiayai kos perubatan Muradzira di Bindura General Hospital.

Lamborghini3 E1622350536899

“Dia (Muradzira) sekurang-kurangnya patut berpuasa untuk dapatkan kerja memandangkan dia menganggur,” kata ketua di gereja terbabit.

Sumber: LADbible

Baca: “Sampai tak tidur 4 hari” – Lelaki Meninggal Dunia Kerana Berpuasa Mendoakan Kesihatan Donald Trump

Aa 12 E1622348153216

Sumber: Lamborghini
Sumber: CPA Canada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.