in

“Tak dapat apa, harta mereka diambil…” – Rakan Terdekat Dedah Kemelut Ali & Balu Abam, Dah Jadi Kes Mahkamah?

Balu Abam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut isu  di antara Ali Puteh dan balu arwah abangnya, Hidayah menjadi tanda tanya ramai netizen. Terdahulu, Ali telah menuduh Aliff Syukri sebagai punca berlakunya pergaduhan di antara keluarganya dan Hidayah. Aliff juga turut dicabar untuk bersemuka dengannya serta keluarga.


https://www.instagram.com/p/B8vv0yrltPB/?utm_source=ig_embed

 

Hidayah terpaksa Grab, kereta ditarik

Melalui Facebook live, Hidayah telah menjawab soalan Aliff Syukri yang datang melawat di rumah keluarganya. Pendedahan Hidayah mengejutkan ramai pihak di mana menurutnya kereta telah ditarik pihak sana.

Screenshot 2020 02 20 At 9.12.54 Am

 

Netizen kecam Ali

Meskipun Aliff Syukri selalu dikecam kerana perkara-perkara yang tak senonoh tapi kali ini ramai juga yang berkata jika tidak kerana dia, tidak terdedahlah perkara sebenar yang dilalui Hidayah.

Memang ramai netizen yang kecam Ali sebab mulutnya yang lancang dan biadap lepas dia panggil kakak iparnya itu, ‘binatang di Instagram (posting telah dipadam).

Abam2 3

 

Rakan dakwa balu Abam dan anak ditindas

Melalui sebuah video di Youtube, seorang individu yang mengaku rapat dengan ahli keluarga terdekat balu Abam telah membuat pendedahan yang mengejutkan.

Individu itu mendakwa semua yang dikatakan Hidayah adalah benar serta semua harta miliknya telah diambil. Lebih mengejutkan, kata-katanya menandakan seolah-olah isu kemelut ini dah jadi kes mahkamah.

Balu 2

Untuk pengetahuan semua, semua benda yang dikatakan Kak Dayah adalah betul. Mereka berdua tidak dapat apa-apa, harta mereka diambil.”

Aku nak explain panjang, benda ini masih dalam kes di mahkamah.”

Kawan Balu Abam

 

Boleh percaya ke?

Meskipun pendedahan itu sangat mengejutkan, namun beberapa netizen tidak terus mempercayai kata-katanya kerana boleh jadi fitnah. Apatah lagi, individu tu tak guna gambar yang betul di profile. Kata mereka, kenyataan dia ini hanya merumitkan keadaan yang memang dah keruh.

Balu Abam

 

Betul juga kata netizen tu, benda macam ni mengeruhkan keadaan. Biarlah urusan ini diselesaikan antara mereka…

Baca: “Kau pun kasar, biadap!” – Mengamuk Marahkan Aliff Syukri, Netizen Kecam Balik Ali Sebab ‘Binatangkan’ Balu Abam

Ali Aliff

Sumber: mStar
Sumber: Instagram
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.