Pelakon senior Norish Karman tampil mencuri tumpuan dalam satu perkongsian penuh emosi bersama Dato’ Sri Aliff Syukri. Bukan lagi bicara soal glamor, Norish kali ini lebih terbuka berkongsi sisi rendah diri dan keredaan hidupnya.
Mengenang pesanan arwah ibu bapa, Norish menegaskan dia kini tidak lagi mengejar pandangan manusia. Baginya, segala cercaan atau persepsi negatif yang dilemparkan sudah tidak bermakna lagi.
“Hidup ini jangan mimpikan pujian manusia. Carilah keredaan, keampunan, dan rahmat Allah. Itu pesanan ayahanda dan umi saya,” luahnya dalam nada sebak.
Artikel berkaitan: “Tinggal dalam kereta, mandi di gim” – Norish Karman Dedah Keperitan Hidup Selepas Bercerai
Artikel berkaitan: Sedih Dihina Minta Bantuan, Anak Norish Karman Kongsi Bebanan Yang Ditanggung Untuk Sara Keluarga
View on Threads
Anak-Anak Sebagai Kekuatan Utama
Walaupun hidupnya kini tidak lagi semewah dahulu, Norish menyifatkan empat orang anaknya sebagai anugerah terbesar. Dia reda tidak dikurniakan suami kaya-raya kerana percaya anak-anaknya adalah ganjaran yang lebih bernilai daripada Tuhan.
“Kalau orang kata hidup saya sekarang kifarah, saya terima. Kalau orang kata saya memang tak patut kaya, pun saya terima. Hidup saya sekarang hanya kerana Allah dan anak-anak,” luahnya lagi.
Senyum & Teruskan Hidup
Sambil berterima kasih kerana sudi menjemput keluarganya merasai suasana rumah mewah, Norish sempat menitipkan rasa kagum terhadap semangat Aliff Syukri dalam mendepani ujian. Dia nekad untuk terus kuat dan hanya mahu “senyum serta teruskan kehidupan” demi masa depan anak-anaknya.
Sumber: Threads
