in

“Orang merayu tak dapat, kau lah puncanya” – Aliff Syukri Naik Angin Isu ‘Sakau’ Duit Zakat

Ft Aliff Syukri Zakat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mengecam sekeras-kerasnya individu yang ‘sakau’ dana zakat berjumlah RM230 juta yang sedang hangat diperkatakan hari ini.

Menerusi TikTok miliknya, Aliff Syukri mempertikai dan mempersoalkan hati nurani pelaku tersebut yang tergamak mengambil ‘hak orang’.


Artikel berkaitan: “Tak takut dosa ke?” – Timbalan Pengerusi NGO Ditahan Seleweng Dana Zakat RM230 Juta

Artikel berkaitan: “Kami tiada kaitan” – Dr MAG Mohon Henti Sebar Fitnah, Perjelas Dakwaan Rumah Ada Kaitan Isu Seleweng Dana Zakat

“Fikir patutnya yang dapat orang-orang miskin, orang merayu-rayu tak dapat, kau lah puncanya. Lepastu tak pasal-pasal yang mencurinya seorang, lembaga zakat terlibat, jadi dia orang takut.”

Tegas Aliff Syukri, disebabkan golongan seperti ini, ia memberi kesan terhadap mana-mana lembaga zakat rasmi yang menjalankan tugas dengan baik untuk mengagihkan wang tersebut kepada pusat zakat.

@

♬ –

Sebagai seorang penyumbang zakat, Aliff Syukri juga meluahkan rasa terkilan kerana dirinya membanting tulang untuk meraih wang agar dapat disalurkan kepada lembaga zakat supaya dapat membela nasib golongan fakir miskin.

Seperti yang kita sedia maklum, Aliff Syukri merupakan penyumbang terbesar zakat untuk tahun 2025, menurut Berita Harian, Aliff Syukri telah menunaikan zakat berjumlah RM2 juta menerusi syarikat miliknya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa timbalan pengerusi NGO merupakan antara 3 individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah RM230 juta.

Sumber : TikTok, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.