Akhlak yang baik bermula dari rumah. Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak dengan nilai murni agar membesar menjadi insan yang menghormati orang lain dan mempunyai peribadi mulia.
Seperti yang kita tahu, antara selebriti dan pempengaruh yang menitikberatkan didikan adab bermula dari rumah ialah Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh Datin Seri Nur Shahida memaparkan anak perempuan sulungnya, Qadejah atau panggilan mesranya Cess sedang meredakan perbalahan antara adik kembarnya, Yusoff dan Raudah.
Artikel berkaitan: “Tinggi adabnya…” – Ammar Ahyan Hadir Konvensyen UMNO Raih Perhatian Netizen
Artikel berkaitan: “Jangan pegang perempuan” – Qadejah Dipuji Nasihat Adik-adik Untuk Jaga Ikhtilat Dengan Sepupu
Menerusi perkongsian video tersebut, Cess dilihat berusaha meredakan situasi dengan bertanyakan kepada Yusoff sebab dia berasa tidak puas hati terhadap Raudah. Pada masa sama, Cess turut menegur tindakan Yusoff yang memukul adiknya ketika kejadian itu berlaku.
View this post on Instagram
“Kalau awak tak suka, cakap saja dekat Raudah tolong berhenti saya nak bercakap. Awak tak perlu pukul dia.” – kata Cess
Setelah itu Cess juga menyuruh Yusoff untuk meminta maaf kepada Raudah atas perbuatannya itu.
Di dalam posting tersebut Cess turut mengatakan ini adalah salah satu ragam kanak-kanak tetapi tindakan Yusoff itu juga tidak boleh dibiarkan dan dinormalisasikan.
“Ini lah ragam kanak-kanak, tapi saya memang paling anti lelaki memukul wanita. Sama ada salah atau betul.
“Awak tidak mempunyai tahap kekuatan yang sama dengan mereka, jadi kenapa awak kenapa pukul orang yang lebih kecil dari awak.
“Sebab itu saya memang ajar Yusoff supaya jangan pukul. Awak marah, awak bertindak dengan perkataan bukan perbuatan,” – kata Cess lagi
Tindakan Cess mengendalikan situasi tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai turut berpendapat didikan yang diterapkan oleh Datuk Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida berjaya membentuk anak-anak mereka menjadi orang yang beradab mulia.
Walaupun baru berusia 15 tahun, Cess mampu untuk bersikap matang dan menjadi cerminan yang baik untuk adik-adiknya.
Sumber: Instagram
