in

“Sibuk nak buat kisah mistik” – Netizen Ni Dikritik Lepas Claim Konon Wujud Unsur ‘Makhluk Halus’ Dalam Kes Nora Anne Quoirin

Nora Anne Quoirin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hilang sejak 4 Ogos lalu, kes kehilangan remaja Ireland berusia 15 tahun itu, Nora Anne Quoirin akhirnya menemui noktah. Mayatnya telah ditemui tengah hari semalam lebih kurang 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga remaja berkenaan.


Sungguhpun sedih menyelubungi keadaan, nampaknya masih ada di kalangan netizen yang kurang sensitif dengan isu ini. Di saat pihak polis sibuk menjalankan siasatan, ada pula yang sibuk kaitkan kes ini dengan kejadian mistik! Haih orang Melayu dan unsur mistik berpisah tiada kan??

Nora Anne Quoirin
sumber: fmt

 

“Mayat ditemui oleh tok bomoh dari lenggeng. Penduduk orang asli sana kata yang tempat mayat ditemui kawasan keras…” 

Menurut tweet seorang pengguna Twitter ni, mayat Nora Anne sebenarnya telah ditemui oleh seorang tok bomoh. Lebih mengelirukan katanya, tok bomoh dan orang asli di kawasan tu claim yang Gunung Berembun ni kawasan tempat buang makhluk halus. Pulak dah! 

Keras
sumber: twitter

 

“Masa aku curi-curi masuk dekat bawah Kg Kolam Air ni, aku terjumpa orang asli…. tapi apa dia orang cerita tak sama dengan apa yang keluar socmed” 

Ending
sumber: twitter

Gedebuk gedebak dia cerita, last sekali korang jangan menyesal macam tu je ye ending cerita mistik berkait dengan kes Nora Anne ni.

 

“Mayat baru jumpa, sibuk terus nak buat kisah mistik apa l*nc*u” 

Rata-rata netizen yang baca tweet kat atas tu memang tak percaya langsung dengan apa yang diceritakan pengguna Twitter tersebut. Sudahlah cerita tergantung, lepas tu mayat Nora Anne pulak baru dijumpai. Tiba-tiba nak kait unsur mistik. Pelik betul! 

Meraban
sumber: twitter

Yang terbaik buat masa sekarang, admin rasa eloklah kita tunggu penjelasan lanjut dari pihak polis. Hormati keluarga mangsa. Kesian mereka masih dalam keadaan bersedih. 

Baca: Nora Anne Quoirin: Beberapa Pertanyaan Misteri Selepas Penemuan Mayat Nora Masih Belum Terjawab

1 Main

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.