in

“Ke mana pergi mesti ada” – Haliza Maysuri Dakwa Kerap Diganggu Lalat & Belalang Hijau, Seperti Diperhati

Haliza Maysuri Lalat Belalang Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan, Haliza Maysuri berkongsi pengalaman pelik apabila mendakwa dirinya kerap diganggu seekor lalat atau belalang hijau tidak kira di mana dia berada.

Berkongsi perkara itu di laman Threads, pengasas Bawal Exclusive itu meluahkan rasa hairan apabila serangga berkenaan sering muncul di sekelilingnya, termasuk ketika berada di hotel, butik mahupun kediaman sendiri.


Menurut Haliza, perkara itu bukan sahaja berlaku sekali, malah berulang kali sehingga membuatkan dirinya berasa kurang senang setiap kali terserempak dengan serangga berkenaan.

“Setiap kali nampak, automatik badan meremang”

Katanya lagi, apa yang lebih menghairankan ialah serangga tersebut hanya muncul seekor pada satu-satu masa dan biasanya tidak bergerak, seolah-olah sedang memerhatikannya.

“Saya pun tak tahulah kenapa. Ke mana saja saya pergi, mesti ada seekor lalat atau belalang hijau. Duduk hotel tingkat paling atas pun ada.

“Yang buat saya rasa seram, dia tak buat apa-apa pun. Duduk diam je, macam tengah tenung saya,” ujarnya.

Situasi itu membuatkan dirinya berasa tidak sedap hati setiap kali melihat kelibat lalat atau belalang hijau tersebut.

Artikel berkaitan: “Jangan hina ciptaan Allah” – ‘Founder’ Jenama Tudung Sekolahkan Netizen Lepas Kena ‘Face Shaming’

Artikel berkaitan: Tular Usahawan Jenama Tudung Beli Kain Kafan Berjenama, Ini Perkongsian Daripada Dr Izhar Ariff

Tambahnya lagi, meskipun lalat berkenaan sudah dibunuh, tidak lama kemudian akan muncul pula seekor yang lain.

“Kadang-kadang lalat tu dah saya bunuh, tak lama lepas tu muncul pula seekor lagi. Pergi butik ada, balik rumah ada, masuk dapur pun ada. Tak kira siang atau tengah malam,” katanya yang turut berkongsi video mengenai kelibat serangga tersebut.

 

View on Threads

 

Disebabkan perkara itu sering berulang, Haliza meminta pandangan pengguna lain sekiranya mereka pernah mengalami situasi serupa.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang mendakwa pernah mengalami situasi hampir serupa dan menasihati usahawan itu mencari bantuan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

1 4 2 3 3 3

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.