Berita pemergian seorang pelajar Tingkatan Tiga di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) baru-baru ini mengundang rasa pilu ramai, lebih-lebih lagi apabila difahamkan Allahyarham merupakan cucu saudara kepada kartunis terkenal tanah air, Ujang.
Perkhabaran duka itu dikongsikan sendiri oleh kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon menerusi laman sosial miliknya.
Artikel berkaitan: “Dia tanya sama ada saya sudah makan…”- Pelajar SBP M*ut Sempat Hantar Mesej Kepada Bapa Sebelum Kejadian
Artikel berkaitan: “Tiap malam belajar sorang2” – Luahan Anak Lepas Ibu Malu Tak Dapat SBP Raih Perhatian Netizen
Terdahulu, beliau meluahkan rasa terkejut sebaik menyedari berita kematian pelajar sekolah berasrama penuh yang tular itu rupa-rupanya melibatkan ahli keluarganya sendiri yang juga jiran tetangga di kampung halaman.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Rupa-rupanya cucu sepupu den yang duduk sebelah rumah di Juasseh,” tulisnya sambil berkongsi tangkap layar laporan berita berkaitan kejadian tersebut.
Dalam hantaran susulan awal pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa urusan pengebumian jenazah arwah telah selamat disempurnakan pada malam tadi sekitar jam 10.00 malam.
View on Threads
“Selesai pengebumian arwah cucu kami malam tadi sekitar jam 10.00pm di Tanah Perkuburan Kampung Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” maklumnya.
Menerusi perkongsian sama, beliau turut memuat naik sekeping foto kenangan keluarga yang memaparkan arwah bersama ahli keluarga lain dalam persalinan baju raya, selain gambar suasana di perkarangan rumah keluarga ketika ketibaan van jenazah pada waktu malam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut serta peminat karya kartunis Ujang menzahirkan rasa sebak dan menitipkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber: Threads
