in

Nora Anne Quoirin: Beberapa Pertanyaan Misteri Selepas Penemuan Mayat Nora Masih Belum Terjawab

1 Main

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita semua dah tahu, semalam petang seorang pendaki sukarelawan telah menemui mayat Nora Quoirin di kawasan air terjun Gunung Berembun.


Namun menurut Mirror, selepas penemuan mayat Nora, ada beberapa soalan yang menyelubungi misteri kehilangan Nora ini.

2 Nora Quoirin Missinged
Sumber: daily mail

Pasukan SAR terlepas pandang?

Kalau korang nak tahu, tempat mayat Nora ditemui semalam ini sebenarnya pasukan SAR dah pun cari di sana sebelum ini. Jadi ia menimbulkan pertanyaan, adakah pasukan SAR terlepas pandang atau ada penglibatan unsur jenayah dan mayatnya dibuang di sana kemudian?

Macam mana boleh sampai air terjun dalam keadaan macam tu?

17227102 7352167 Image A 1 1565702318006
Sumber: daily mail

Macam yang korang tahu juga, Nora mengalami masalah lembam iaitu holoprosencephaly yang membuatkan dia susah untuk berjalan, mengimbangkan badan mahu pun menjaga dirinya sendiri, namun dia ditemui di kawasan yang memerlukan dia untuk melalui trek yang berbukit dan sukar didaki.

Mana pakaian dalam Nora?

Bukan itu saja, difahamkan, semasa Nora dilaporkan hilang, ibu bapanya mengatakan Nora mungkin hanya berpakaian dalam, tapi menurut pihak polis, mayat Nora ditemui dalam keadaan telanjang bulat.

Nora cedera ke?

17225118 7351619 Image A 18 1565698184985
Sumber: daily mail

Setakat ini juga, pihak polis tak memberikan komen jika ada apa-apa kecederaan luar yang dapat dilihat semasa mayat remaja ini ditemui.

Dah tentunya pelbagai soalan masih menghantui ibu bapa Nora Quoirin dan harapnya persoalan ini segera terjawab selepas keputusan bedah siasat keluar nanti.

Sekarang ni kita serahkan je kes ini pada pihak polis untuk jalankan siasatan lanjut.

 

Baca: “Percutian indah bertukar tragik” – Kronologi PENUH Kes Kehilangan Remaja Ireland Nora Anne Quoirin

Screenshot 2019 08 14 At 10.31.06 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.