Bekas pembantu peribadi Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida mengharapkan agar pasangan usahawan berkenaan membatalkan niat untuk meneruskan saman terhadapnya.
Wanita yang dikenali sebagai Melati atau Melati Abdul Ghani, 47, berkata, disebabkan kes ini dia sering menangis dan berasa tertekan hingga alami masalah anxiety.
Artikel berkaitan : Muat Naik Video Teaser Hari Raya Berunsur Jelik, MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri
Artikel berkaitan : “Segala bukti rakaman perbualan saya simpan” -Aliff Syukri Tak Takut Saman RM70 juta Bekas Menteri
“Memang saya menangis dan rasa tertekan sampai sekarang. Saya harap dia tarik balik kes sebab tak mahu lagi kes ini berlarutan lebih lama.”
“Sekarang pun saya sedang menjalani terapi kerana mengalami anxiety disebabkan saman fitnah tersebut. Saya pun sudah tak mahu lagi dikaitkan dengan dia selepas ini.”
Selain itu, Melati turut memberitahu yang dia kini sudah tidak mempunyai wang untuk melantik peguam baharu bagi mempertahankan diri di mahkamah nanti. Dia menjelaskan bahawa dia kini yang menjadi tulang belakang keluarganya selepas disahkan menghidap slip disc tahap lima.
“Memang saya tidak ada wang untuk upah peguam. Saya sekarang kerja seorang diri menampung perbelanjaan keluarga.”
“Suami saya tak boleh kerja masalah slip disc tahap lima. Saya cuma mengharapkan daripada mengasuh dan menjual makanan secara atas talian.”
Sebelum ini, peguam Aliff dan Shahida iaitu Hasshahari Johari Mawi memaklumkan bahawa perintah ex-parte untuk mengkomitkan Melati ke penjara sudah diberikan kepadanya dan Melati juga akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam secara fizikal Jumaat ini.
Kes saman fitnah yang melibatkan Melati dan Aliff tercetus sejak tahun 2021 sebelum mahkamah memberikan kemenangan kepada Aliff Oktober 2023.
Sumber : mStar Online