in

“Segala bukti rakaman perbualan saya simpan” – Aliff Syukri Tak Takut Saman RM70 juta Bekas Menteri

Ft Aliff Syukri Tak Gentar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tidak gentar dengan tuntutan saman fitnah oleh bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir terhadapnya.


Jelas Aliff, dia tidak gentar dengan saman sebanyak RM 70 juta itu malah ada bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Artikel berkaitan : Muat Naik Video Teaser Hari Raya Berunsur Jelik, MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri

Artikel berkaitan : “Islam tegah gurauan sampai menipu” – Amin Idris Tegur Aliff Syukri Dakwa Lagu Raya Hanya ‘April Fool’

“Bagi saya siapa makan cili dia akan rasa pedasnya. Untuk makluman segala bukti rakaman perbualan saya telah simpan sebagai bahan bukti. Biarlah Hakim buat penilaian di mahkamah dan saya tidak mahu komen lebih-lebih,” kata Aliff Syukri kepada mStar.

Aliff juga mengatakan yang dia ada cuba hubungi Kadir, namun panggilan dan mesej tidak diendahkan, Aliff juga memberitahu bahawa dia masih terbuka jika Kadir ingin bersua dengannya untuk menyelesaikan isu ini.

Untuk rekod, pada 2 Julai 2023 lepas, Aliff Syukri menuntut seorang bekas menteri yang bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya.

Screenshot 2024 04 18 180201

Ramai yang kaitkan bahawa Abdul Kadir adalah individu yang dimaksudkan kerana Aliff ada muat naik foto seorang lelaki namun diletakkan emoji.

Selasa lalu, Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meminta ganti rugi yang akan dinilai di mahkamah dan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh perbicaraan.

Sumber : mStar Online

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.