in

“Saya buat sebab nak ‘denda’ mak” – Bengang Tak Dapat Perhatian Mak, Lelaki Ini Tikam Adik Sendiri 17 Kali

1 Psychopaths With Piers Morgan 08

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Geram dengan mak sendiri, Paris Bernett merancang nak balas dendam dengan cara yang begitu epik sekali.


Masa adiknya Ella yang berumur 4 tahun tengah tidur, Paris senyap-senyap masuk ke dalam bilik terus serang pukul dan tikam 17 kali untuk pastikan dia dah mati. Perbuatan kejam tu dilakukan semasa tiada orang dalam rumah.

 

Geram sebab mak lebihkan adik

0 Psychopath With Piers Morgan 09
Ella (adik) 

Perbuatan zalim itu dilakukan ketika Paris 25, baru sahaja 13 tahun. Niat dia membunuh budak yang tak dosa ni kerana geram mak dia, Charity selalu beri perhatian lebih kepada Ella berbanding dengan dirinya selain mak dia tu ada ambil ‘barang’ (dadah)

Jadi, dia sengaja nak bunuh adik sendiri sebab nak sakitkan hati mak dia. Bagi Paris, dia tahu yang dia akan dihumban ke penjara tapi dia rasa puas sebab tengok ibunya merana kehilangan kedua-kedua anaknya. Sorang mati, sorang masuk penjara.

Kejadian tragis itu berlaku pada February 2017 dan Paris Bennett yang kini sudah berumur 25 tahun dianggap sebagai psikopat yang sangat berbahaya.

Ketika dia ditemu bual dalam satu program Dokumentari di US, dia kena duduk dalam satu bilik kaca tebal dan dikawal ketat oleh pengawal bersenjata.

“Dan salah satu sebab mengapa saya nak adik perempuan saya dan bukan orang lain adalah kerana saya tahu dengan berbuat demikian saya boleh menyakiti ibu saya dengan cara yang paling teruk, kerana setahu saya,  perkara yang paling menyedihkan ibu adalah kehilangan salah seorang anaknya, dan tercetus idea saya untuk ‘hapuskan’ terus kedua-dua anaknya dalam satu kejadian.”

“Niat Bennett untuk membunuh adiknya telah dirancang dengan teliti, pada awal petang, dia yakin pengasuh mereka pulang ke rumah.”

 

Pernah terfikir nak membunuh sejak umur 8 tahun

0 Psychopath With Piers Morgan 02 1
Paris bennett

Dalam temubual tersebut Paris juga ada confess yang dia dah ada niat nak membunuh sejak umurnya 8 tahun lah. Dia selalu mengekspresikan apa yang dipendam selama ini melalui lakaran-lakaran yang berunsurkan keganasan di dalam lukisannya.

Paris kini dipenjarakan selama 40 tahun, jumlah sabit kesalahan paling maksimum untuk seorang juvana di negara Texas tetapi dia mendapat parol (pembebasan bersyarat) dalam masa beberapa tahun lagi.

Dan ini lah yang agak membimbangkan mak dia sebab….

 

“Saya dah maafkan dia, saya masih sayangkan dia tapi dalam masa sama saya takut dengan dia sebab..” – Mak Paris

0 Psychopath With Piers Morgan 05
Charity (ibu)

Menerusi Mirror, Mak Paris dah memaafkan kesalahannya, malah dia masih sayangkan Paris, selalu melawatnya. Paris sendiri tak sangka bahawa ibunya masih boleh terimanya dan sentiasa disisinya biarpun dengan apa yang telah dilakukan.

“Dia anak saya, saya yakin seorang ibu mesti sayangkan anaknya macam mana sekalipun. Walaupun dia tu psikopat, saya tetap sayangkan dia”

Bagaimanapun, maknya Charity agak bimbang kerana dia kini dah ada anak kecil berumur 6 tahun yang bernama Phoenix, maknya sangat bimbang kalau dia dibebaskan.

Dia sendiri akui bahwa

“Saya risau dia akan buat balik. Ya, saya memang maafkan dia dan masih sayangkan dia, tapi saya juga takut dengan dia.Bimbang kalau ada masa saya tak mampu beri perhatian pada mereka beruda serentak, tapi sudah semestinya saya akan tumpukan pada Phoenix dulu”

 

Baca : Charlie Brandt : Lelaki Berperwatakan ‘Baik’ Bunuh Emak Sendiri Pada Usia 13 Tahun Sebelum Tikam & Penggal Kepala Saudara Sendiri

Tikamibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.