in

Charlie Brandt : Lelaki Berperwatakan ‘Baik’ Bunuh Emak Sendiri Pada Usia 13 Tahun Sebelum Tikam & Penggal Kepala Saudara Sendiri

Collage 14

Cuba perhatikan pasangan korang, betul ke dia seperti yang dia katakan? Dah betul ke korang selidik latar belakang dorang?

Macam kisah yang admin nak cerita ni, Charlie Brandt dari luaran nampak macam lelaki normal. Malah orang yang terdekat dengan dia pun terkejut bila dapat tahu apa yang dia buat pada malam September 2004.

Pada September itu, Ribut Ivan sedang melanda kawasan Florida keys, tempat Charlie dan isterinya, Teri tinggal. Jadi, mereka kosongkan rumah mereka dan berpindah sebentar ke rumah anak saudara mereka Michelle Jones di Orlando.

Michelle Jones And Terri Brandt

Kalau korang nak tahu, Michelle ni memang rapat dengan Teri, makcik sebelah ibunya ini. Jadi, kedatangan pasangan ini ke rumahnya memang dinanti-nantikan. Malah, dengan ibunya sendiri pun dia rapat. Dia akan cakap dengan ibunya, Mary Lou hampir setiap hari di telefon.

So, bila Michelle tak jawab telefonnya pada malam 13 September, Mary dah mula risau dan meminta rakan Michelle, Debbie Knight pergi ke rumah anaknya untuk periksa keadaan anak kesayangannya itu.

Bila Debbie tiba di rumah Michelle, pintu depan rumah rakannya itu berkunci dan panggilannya tak berjawab jadi dia mula pergi ke garaj.

“Pintu garaj tersebut pintu kaca so memang boleh nampak dalam. Saya terkejut.”

Dalam garaj tersebut, Debbie lihat Charlie Brandt tergantung pada alang rumah. Tapi, kematian Charlie bukan satu-satunya kematian dalam rumah tersebut…

Bermandi darah

Apabila pihak berkuasa tiba di rumah tersebut, mereka dapati tempat kejadian kelihatan seperti sesuatu yang hanya berlaku dalam filem Saw.

Charlie Brandt gantung dirinya menggunakan cadar tilam. Mayat Teri pula terbaring di atas sofa dan dia telah ditikam tujuh kali di dada.

Tapi, apa yang lebih mengerikan bila mereka lihat mayat Michelle di dalam bilik tidur. Badannya telah dikerat, kepalanya diletakkan di sebelah badannya dan jantungnya telah dikeluarkan.

Penyiasat utama, Rob Hemmert menceritakan semula detik ketika dia menginjak kaki ke rumah tersebut.

“Rumah tersebut cantik. Lengkap dengan dekorasi yang menarik tapi bila masuk, rumah itu diselubungi dengan bau kematian.”

Walaupun rumah tersebut bermandikan darah, tak ada tanda-tanda pergelutan mahupun pecah masuk. Rumah tersebut dikunci dari dalam. Dengan dua orang dibunuh dan seorang membunuh diri, pihak berkuasa terus dapat tahu yang Charlie telah membunuh isterinya dan anak buahnya sebelum dia membunuh diri.

Namun, tak ada seorang pun yang sangka Charlie mampu buat semua ini. Mary Lou, macam tak percaya adik iparnya yang dia dah kenal sejak 17 tahun lalu buat semua ini.

Begitu juga dengan rakan karib Michelle, Lisa Emmons, dia menggambarkan Charlie sebagai seorang yang pendiam dan hanya suka memerhatikan orang.

Bukan itu saja, kebanyakan orang yang rapat dengan mereka selalu merasakan Charlie ini seorang yang baik dan mereka merasakan dia dan Teri seperti pasangan sempurna. Pasangan ini selalu buat pelbagai aktiviti bersama-sama. Memancing, menaiki bot, mengembara dan lain-lain.

Rahsia hitam Charlie Brandt

220Px Charliebrandt.jpg

Tak ada siapa yang boleh menjelaskan kenapa Charlie bertindak sedemikian.

Kemudian, kakak Charlie, Angela Brandt membuka rahsia hitam ketika zaman kanak-kanak mereka yang tak ada orang tahu. Dalam temubual bersama Rob Hemmert, Angela menangis sebelum mengumpulkan tenaganya untuk menceritakan kisahnya:

“Pada 3 Januari 1971, lebih kurang pukul 9 atau 10pm. Kami baru saja membeli TV berwarna dan duduk beramai-ramai menonton The FBI with Efram Zimbalist Jr. Selepas rancangan tersebut berakhir, saya masuk ke dalam bilik untuk membaca buku sebelum tidur seperti malam-malam sebelumnya.”

Sementara itu, ibu Angela dan Charlie, Ilse yang sedang mengandungkan adiknya sedang menyediakan air mandi dan bapa mereka, Herbert sedang bercukur.

Angela kemudian mendengar bunyi kuat, terlalu kuat hingga dia ingatkan bunyi tersebut adalah bunyi mercun.

Angela Brandt

“Saya kemudian mendengar ayah saya menjerit, ‘Charlie, jangan.’ atau ‘Charlie, stop.’ Dan ibu saya hanya menjerit. Perkara terakhir yang saya dengar adalah ibu saya cakap, ‘Angela telefon polis.'”

Charlie yang ketika dia berusia 13 tahun datang ke bilik Angela sambil memegang pistol dan menghalakan senjata tersebut ke arah kakanya. Dia menarik picu dan terdengan bunyi ‘klik’. Pistol tersebut telah kehabisan peluru.

Charlie dan Angela kemudian mula berlawan dan dia mula mencekik kakaknya sebelum Angela perasan cahaya dari mata Charlie. Wajah menakutkan Charlie tiba-tiba hilang dan dia seperti baru terbangun dari tidur dan bertanya. “Apa yang aku buat?”

Apa yang dia buat adalah berjalan ke bilik mandi ibu bapanya, tembak bapanya sekali dari belakang dan tembak ibunya beberapa kali hingga menyebabkan bapanya cedera dan ibunya mati.

Di hospital selepas kejadian, Herbert mengatakan dia tak tahu kenapa anaknya boleh buat macam ni.

Kesan lepas kejadian

Ketika dia menembak kedua ibu bapanya, Charlie kelihatan seperti budak normal. Dia berjaya di sekolah dan tak tunjukkan apa-apa tanda masalah psikologi.

Mahkamah tak boleh mengenakan hukuman jenayah ke atasnya kerana usianya yang masih muda. Charlie cuma diarahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri dan menghabiskan masa hampir setahun di hospital psikiatri sebelum bapanya meminta Charlie dibebaskan.

Walau bagaimanapun, tak ada seorang pun pakar psikiatri menemui apa-apa masalah kesihatan mental mahu pun penjelasan tentang perbuatannya itu.

Laporan mengenai kesalahan Charlie telah ditutup kerana usianya yang masih muda dan Herbert memberitahu anak-anaknya yang lain untuk merahsiakan perkara ini dan membawa keluarganya berpindah ke Florida.

Orang-orang yang tahu mengenai rahsia tersebut tak pernah cakap apa-apa dan Charlie kelihatan normal selepas kejadian tersebut. Rupa-rupanya, dia hanya menyimpan keinginan untuk membunuh sekian lama.

Selepas dia bunuh isteri dan anak buahnya pada tahun 2004, pihak berkuasa telah menyiasat rumah Charlie di Big Pine Key. Mereka menemui poster perubatan menunjukkan anatomi wanita.

Terdapat juga beberapa buku perubatan dan anatomi beserta beberapa kepingan surat khabar yang menunjukkan jantung manusia.

History carian di internet juga mendedahkan beberapa laman web yang menunjukkan keganasan terhadap wanita. Mereka juga temui banyak katalog Victoria’s Secret dan semuanya terjawab kerana Charlie sering memanggil Michelle dengan panggilan Victoria’s Secret.

Pihak berkuasa percaya yang Charlie menyimpan perasaan terhadap Michelle dan keinginannya bertukar menjadi pembunuhan.

Rob juga percaya yang Charlie sentiasa ada keinginan untuk membunuh dan dia mungkin seorang pembunuh bersiri. Cuma jenayahnya yang lain tak pernah ditemui.

Seperti contoh, pihak berkuasa percaya yang dia bertanggungjawab membunuh sekurang-kurangnya dua mangsa pada tahun 1989 dan 1995 kerana cara pembunuhan tersebut lebih kurang sama dengan cara pembunuhan Michelle.

 

Baca: Jasmine Richardson: Bunuh Seluruh Ahli Keluarga Pada Usia 12 Tahun Tapi Dibiarkan Bebas

Collage 11