Pelakon Datuk Hans Isaac akhirnya mengumumkan bahawa lamarannya terhadap ratu cantik kelahiran Sarawak, Francisca Luhong James diterima dan sekaligus telah mengikat tali pertunangan.
Menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac berkongsi sekeping foto romantis bersama Francisca yang dilihat tersenyum manis sambil mempamerkan sebentuk cincin di jari manisnya.
Artikel berkaitan : “Padang sekolah lagi cantik” – IG Hans Isaac Diserang Gara-gara Kondisi Terkini SNBJ Tidak Memuaskan
Artikel berkaitan : Isu Padang SNBJ Rosak, PSM Mohon Maaf Akui Tidak Cukup Masa Untuk Baiki
“She said, yes!” – Hans Isaac

Dalam kapsyen penuh emosi tersebut, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) itu meluahkan rasa syukur dan gembira apabila lamarannya diterima oleh wanita berketurunan Kayan dan Iban itu.

“Selamanya bersama orang kesayangan saya. Untuk selamanya bersama awak, bakal isteri Kayan/Iban saya. Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia kata setuju.”
“Dia dah ‘terperangkap’ dengan saya sekarang. Tiada lagi soalan… ‘Hans bila nak kahwiinnnn?’”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan-rakan artis dilihat membanjiri hantaran berkenaan dengan ucapan tahniah dan doa agar urusan pasangan ini dipermudahkan hingga ke jenjang pelamin.

Untuk makluman, Francisca Luhong James yang berasal dari Kuching, Sarawak ini merupakan seorang model dan pernah dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2020, sekali gus membawa negara ke pentas berprestij Miss Universe pada tahun yang sama.
Sumber :Instagram
